WANITA yang maut digilis kereta api di Putatan, Sabah pada Selasa, Lena Gabin berjalan kaki bersama anaknya untuk pergi dan balik dari rumah mereka di Kampung Muhibbah ke sekolah setiap hari, kata seorang saudaranya.
Adnan Mohd Said, 47, yang merupakan suami kepada sepupu Lena berkata, mereka akan selalu melintas di hadapan rumahnya dan kali terakhir dia berjumpa dengan dua beranak itu pada pagi kejadian.
Menurut Adnan, dia mengetahui kemalangan itu menerusi kumpulan WhatsApp keluarga mereka kira-kira pukul 1.30 petang sebelum menuju ke lokasi berhampiran.
BACA LAGI: [VIDEO] Diseret 20 meter, wanita sempat tolak anak sebelum maut digilis kereta api di Sabah
Dia kemudiannya dapat mengenal pasti mangsa apabila tiba di tempat kejadian.
“Kami baru mengetahui berita sedih itu pada sebelah petang. Anak bongsunya cedera dan dibawa ke hospital,” katanya kepada pemberita sambil menambah bahawa Lena adalah seorang suri rumah yang mempunyai empat anak.
Sementara itu, Naib Presiden Majlis Penasihat Pengguna Negara I, Hashima Hasbullah Hashim yang berada di lokasi kejadian hanya menyedari kemalangan berlaku apabila tren tiba-tiba berhenti.
Ketika kejadian, dia pada waktu itu sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya dari sekolah apabila melihat seorang budak lelaki di landasan.
Hashima menambah bahawa kereta api itu tidak membunyikan hon sebelum ia menggilis wanita itu.
Katanya, dia bersama orang awam di situ cuba menenangkan murid lelaki berkenaan yang cedera sementara menunggu ambulans.
"Pada mulanya, saya rasa ada dua anak bersama mangsa, tetapi budak lelaki itu mengesahkan hanya dia dan ibunya saja ada di situ," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram