BEBERAPA murid cedera selepas sebuah kereta terbabas di luar sebuah Sekolah Rendah Yongan di daerah Dingcheng Changde, wilayah selatan Hunan, China Tengah dalam kejadian yang berlaku pada Selasa.
Menurut laporan CCTV, jumlah yang cedera masih belum dapat dipastikan.
"Ramai kanak-kanak di sekolah itu cedera dan jumlah mangsa sedang disiasat," katanya.
BACA LAGI: Amorim dapat lampu hijau jual bintang 'overrated' era Ten Hag
BACA LAGI: Malaysia bangkit isu pelarian Rohingya ketika Pengerusi Asean 2025 — Menteri Luar
Bagaimanapun, media rasmi China tidak menyatakan sama ada kejadian itu satu kemalangan atau tindakan yang disengajakan.
Menerusi video yang tular di media sosial itu menyaksikan detik-detik selepas kemalangan itu berlaku dengan kelihatan kanak-kanak berlari dalam keadaan panik dan beberapa orang terbaring cedera di atas jalan raya.
Dalam video lain turut menunjukkan seorang lelaki mengalami luka selepas dipukul oleh orang ramai ketika dia terbaring di atas tanah berhampiran sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Menurut seorang saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi dan dipercayai lebih lapan orang yang cedera telah dibawa ke hospital. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram