[VIDEO] TMJ baik hati pinjamkan Syihan demi Malaysia, FAM wajar mohon 3 lagi bintang JDT demi trofi Piala AFF


  • Podium
  • Rabu, 20 Nov 2024

Sumareh wajar diberi peluang untuk sekali lagi membuktikan kredibilitinya sebagai pemain kebangsaan.

KEHILANGAN tiga tonggak utama Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama Harimau Malaya nyata merencatkan sedikit serangan skuad kebangsaan ketika bertemu India dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada Isnin (18 November).

Pihak pengurusan JDT memanggil pulang tiga pemain utama mereka iaitu Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies dan Feroz Baharudin bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada 26 November nanti.

Namun begitu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berbaik hati untuk membenarkan Ahmad Syihan Hazmi kekal bersama Harimau Malaya selepas penjaga gol kebangsaan itu bukan pilihan utama bagi saingan ACLE.

BACA LAGI: 'Final Piala AFF perlu jadi sasaran utama', Irfan Bakti persoal mana striker tulen Harimau Malaya

BACA LAGI: SNBJ venue rasmi Harimau Malaya bagi Piala AFF 2024

Dengan kemuliaan hati TMJ, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mempertimbangkan untuk memohon beberapa pemain JDT yang bukan menjadi pilihan utama Harimau Selatan dalam saingan ACLE.

Majoriti senaraikan tiga pemain JDT, FAM perlu pertimbangkan untuk meminta izin TMJ bagi memperkuatkan skuad kebangsaan bagi saingan Piala AFF bulan depan:

1. Junior Eldstal

Bekas pemain Chonburi FC, Junior Eldstal wajar dipertimbangkan oleh Pau Marti untuk membawanya ke dalam skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF bulan depan.

Junior yang mempunyai ketinggian 1.91 meter bakal menjadi kelebihan buat skuad kebangsaan untuk bersaing dengan pasukan-pasukan rantau Asia Tenggara.

Pengalaman beraksi di Liga Thailand, Indonesia dan England menjadi kelebihan buat Harimau Malaya untuk menggantikan Dion Cools yang mungkin tidak akan menyertai skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala AFF kali ini.

2. Syahmi Safari

Syahmi Safari boleh menjadi pesaing hebat buat Azam Azmi Murad yang mungkin akan menjadi pilihan utama Pau Marti untuk saingan Piala AFF bulan depan.

Ini kerana Matthew Davies berkemungkinan tidak akan dilepaskan oleh TMJ kerana kepentingannya di dalam skuad Harimau Selatan.

Syahmi antara pilihan terbaik buat Pau Marti untuk memberikan saingan kepada Azam bagi merebut kesebelasan utama Harimau Malaya dalam kejohanan serantau itu.

3. Mohamadou Sumareh

Siapakah pemain sayap terbaik selepas ketiadaan Arif Aiman dalam skuad kebangsaan? Mohamadou Sumareh antara calon yang boleh dipanggil Pau Marti bagi saingan Piala AFF bulan depan.

Selepas Haqimi Azim dan Safawi Rasid, Sumareh juga mampu memberikan kelebihan buat Harimau Malaya kerana kelincahannya apabila beraksi sebagai pemain sayap.

Sumareh juga mampu beraksi di posisi penyerang untuk menggantikan beberapa pemain yang mungkin tidak akan mendapat pelepasan daripada JDT seperit Romel Morales. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram