
PERSATUAN Pengusaha India Muslim Johor memberi jaminan bahawa tidak akan menaikkan harga makanan yang dijual di restoran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali sudah mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan tersebut pada 14 November lalu.
"Sejurus pengumuman dibuat, kami keluarkan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan meminta penjelasan.
"Mereka kemudian menyatakan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga makanan," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Wanita maut digilis kereta api ketika jemput anak pulang sekolah di Sabah
Beliau juga menggesa pihak terbabit supaya tidak mengambil kesempatan daripada pengumuman kerajaan untuk menaikkan tangga gaji minimum terutamanya untuk penjawat awam sebelum ini.
Terdahulu, kira-kira 300 restoran India Muslim (Mamak) di Johor dilaporkan mahu menaikkan harga makanan sebanyak 5 peratus pada 2025.
Armizan berkata, sebarang kenaikan harga perlu melibatkan kos langsung dan kedai makan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pengumuman sedemikian.
"Mungkin ada keperluan untuk menaikkan (harga makanan) tetapi ia mesti berasas.
"Tidak boleh ada unsur-unsur pencatutan yang terlibat, yang menyalahi undang-undang seperti termaktub dalam Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram