DALAM keadaan mengalami kecederaan parah selepas tersepit dihempap muatan treler terbalik di Bukit Mertajam Pulau Pinang, mangsa wanita yang maut dalam kemalangan itu sempat membuat panggilan terakhir kepada ibunya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh ibu mangsa, Lee Zi Rou iaitu Lim yang berkongsikan perbualan terakhir bersama anaknya.
Menurut Lim, anak perempuannya itu mengadukan kesakitan yang sedang dialaminya.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
"Mummy, saya sangat sakit," ujar wanita berusia 21 tahun itu ketika perbualan tersebut.
Lim yang berusia 42 tahun berkata, dalam panggilan tersebut, dia cuba bertanya mengenai lokasi anaknya itu berada namun tidak menerima sebarang sambutan daripada anaknya.
"Saya rasa (pada waktu itu) dia telah meninggal dunia," kata Lim dalam temu bual video yang dirakam oleh China Press di upacara berkabung kematian Zi Rou pada Khamis.
Lim (baju putih) ketika ditemui semasa acara berkabung pada Khamis. — China Press
Zi Rou maut apabila kereta yang dipandunya dihempap kontena di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.
Kontena itu telah terbalik dan menghempap kereta wanita itu apabila selepas lori terbabit membelok tajam sebelum hilang kawalan di persimpangan terbabit.
Sebuah lagi kereta yang turut dihempap kontena itu tidak turut mengalami kerosakan.
Bagaimanapun, pemandunya Tan Chou Theng, 25, mengalami kecederaan parah dan diselamatkan oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital.
Sementara itu, Lim berkata, dia pernah berpesan kepada anak-anaknya supaya hanya memberikan mesej pesanan ringkas sekiranya perkara tersebut tidak begitu mendesak.
"Saya memberitahu mereka bahawa jika mereka menelefon, bermakna ada kecemasan. Jadi apabila Zi Rou buat panggilan telefon, saya berasa takut," katanya sebak.
mesti driver lupa lock kontena pastu layan corner.
Yang tak bersalah jadi mangsa meninggal dunia baru umur 21 tahun. Patutnya kontena ni jatuh atas kereta menteri, baru semua ada akal. pic.twitter.com/VfUcSjAAJb
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 13, 2024
Lim berkata, disebabkan itu, selepas menerima panggilan daripada Zi Rou, dia meminta seorang lagi anak perempuannya supaya pergi ke laluan yang biasa dilalui mangsa untuk ke tempat kerja.
Katanya, usaha bagi menghubungi mangsa bagaimanapun gagal.
Bagaimanapun, seorang lelaki akhirnya mengangkat telefon dan memberitahu bahawa Zi Rou dihempap kontena dalam kemalangan terbabit dan memberitahunya lokasi kejadian.
Sebaik tiba di tempat kemalangan, Lim berkata, dia turut merayu kepada orang ramai untuk membantu menyelamatkan anak perempuannya.
"Tetapi keadaan adalah mustahil kerana kontena itu terlalu berat.
“Dia menelefon pada pukul 9.24 pagi dan anak perempuan saya meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi,” katanya.
Di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Khamis, Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan mengeluarkan perintah reman terhadap pemandu lori berusia 51 tahun itu selama empat hari sehingga Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris sebelum ini menyatakan pemandu itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu antara 10 hingga 20 tahun. — Majoriti/ARNOLD LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram