Daripada pentas komedi ke F&B, Uncle Roger cuba lebih 100 nasi goreng sebelum berani buka restoran


  • Bizz
  • Ahad, 17 Nov 2024

Ng mula membuka restoran pertamanya pada September lalu.

NIGEL Ng atau lebih dikenali sebagai Uncle Roger, menjadi terkenal pada 2020 selepas videonya mengkritik tutorial oleh BBC mengenai resipi membuat nasi goreng telur BBC tular di media social.

Video YouTube bertajuk 'Uncle Roger Disgusted by This Egg Fried Rice Video' menyaksikannya melakukan ulasan terperinci mengenai apa yang tidak kena dengan nasi goreng telur dibuat oleh Chef Hersha Patel.

Klip itu kini mempunyai 38 juta tontonan manakala saluran YouTube Ng telah meningkat daripada 9,000 langganan pada awal 2020 kepada 9.8 juta pada hari ini.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Videonya kerap menggunakan komedi sebagai cara untuk mengkritik dan mengecam chef khususnya daripada Barat yang cuba membuat makanan Asia.

Bagaimanapun, dalam dunia sebenar, Ng adalah sama sekali berbeza dengan perwatakan yang ditampilkannya menerusi video di akaun YouTubenya.

Pemuda berusia 33 tahun berkata, Uncle Roger adalah satu perwatakan 'alter egonya' yang diinspirasikan daripada karakter 'pakcik dari Asia' dikenalinya ketika membesar.

story on YouTube phenomenon Nigel Ng. (September 11 2024) — ART CHEN/The Star        (JUNE 26  2024) — ART CHEN/The Star   # Metro Backpages

Ng merupakan graduan kejuruteraan daripada universiti di AS.

“Watak itu berdasarkan kepada pakcik-pakcik yang duduk di kopitiam dan banyak bercakap kosong.

"Mereka mempunyai pendapat tentang segala-galanya dan akan bercakap secara terus terang dengan anda. Tetapi akhirnya, saya fikir mereka memiliki hati yang baik walaupun mereka berkarakter sedemikian, "katanya.

Mencipta Uncle Roger

Di peringkat awal kehidupannya, Ng langsung tidak menunjukkan sebarang petanda bahawa dia akan memiliki kerjaya yang memerlukannya berlakon menjadi satu personality sama sekali berbeza dengan dirinya yang sebenar.

Dia juga tidak menunjukkan minat ketara untuk menjadi pakar masakan Asia.

Ng membesar di Cheras, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan.

Sebagai seorang kanak-kanak, dia suka keluar makan bersama ibu bapanya tetapi hanya belajar memasak belajar di Amerika.

“Kebanyakan rakyat Malaysia, kami memasak atas keperluan. Tapi bila kita keluar berjalan di Malaysia, memang selalu makan luar.

"Saya rasa itu kerana makanan penjaja di sini sangat berpatutan dan ia sangat baik kerana penjaja menghabiskan sepanjang hayat mereka membuat satu hidangan.

“Jadi membesar di Malaysia, saya tidak pernah memasak sebanyak ketika berada di AS. Mungkin saya akan membantu ibu saya di dapur pada Tahun Baru Cina, menggulung dumpling.

“Saya mula mengajar diri saya memasak ketika saya pergi ke universiti di AS kerana makan di luar di AS mahal, dan ia tidak begitu enak. Bila musim sejuk, anda hanya tinggal di rumah,” katanya.

Ng hit the big time after a YouTube video of his alter-ego Uncle Roger criticising a tutorial of egg fried rice went viral in 2020. — YOUTUBE

Ng mendapat perhatian besar selepas video YouTube menggunakan watak Uncle Roger untuk mengkritik tutorial nasi goreng telur pada 2020.

Ng kemudiannya berpindah ke England dan bertugas sebagai seorang saintis data sebelum menenumkan minat menjadi pelawak pentas atau 'stand up comedian.

Dia mengambil masa yang panjang lima hari seminggu membahagikan masa dengan kerja sepenuh 9 pagi hingga 5 petang dan menaiki kereta api ke bandar lain untuk membuat pertunjukan komedi.

Pada waktu itu, dia hanya tidur pada pukul 1 pagi setiap malam.

Bagaimanapun, Ng akhirnya dia berhenti menjadi saintis data untuk menjadi pelawak sepenuh masa pada penghujung 2019.

Enam bulan kemudian, wabak Covid-19 berlaku dan detik itu menjadi titik mula bagaimana Uncle Roger lahir.

"Saya menjadi pelawak pentas sepenuh masa pada masa yang paling teruk di dunia - itu adalah risiko yang besar. Tetapi ia adalah risiko besar membawa kepada saya mencipta Uncle Roger.

"Ia adalah masa Covid-19, saya tiada apa-apa untuk dilakukan dan kehabisan wang. Masa itu saya berfikir, 'Mari kita lihat apa yang boleh saya lakukan di dunia dalam talian ini!'” kongsinya.

Selepas videonya tular pada 2020, Ng mula mengumpul pengikut selama beberapa tahun termasuk antaranya pengkritiknya.

Dia juga dituduh menyumbang kepada stereotaip orang Asia di dunia Barat, malah akaun media sosialnya di China juga dipadam.

Namun, Ng berkata, watak ciptaannya tidak akan mencapai jumlah penonton yang diperolehinya semata-mata kerana ulasannya tentang atau video memasak.

On his YouTube videos, Ng regularly makes fun of the cooking techniques and style of celebrity chefs like Jamie Oliver. — YOUTUBE

Menerusi video YouTubenya, Ng kerap memerli teknik memasak dan gaya cef selebriti seperti Jamie Oliver.

Katanya, ini kerana dengan karakter komedinya, dia turut mendidik orang ramai - terutamanya di Barat - tentang salah tanggapan berkaitan dengan makanan Malaysia dan hidangan Asia yang lain.

“Jadi saya melihat Uncle Roger sebagai watak yang membolehkan saya menjangkau lebih ramai orang daripada yang saya mampu. Komedi pentas adalah andalah tapi ia mempunyai penontonnya sendiri.

"Ia adalah bentuk seni yang berbeza. Tetapi dengan memainkan watak Uncle Roger, adalah lebih mudah untuk membawa komedi anda ke kalangan penonton tertentu.

“Jadi Uncle Roger dikenali sebagai lelaki yang banyak bercakap tentang makanan. Saya rasa jika saya bercakap tentang makanan, saya mungkin kurang kredibiliti kerana saya tidak bersekolah di sekolah masakan. Saya baru belajar memasak sendiri.

"Saya hanya mengulas hidangan. Tetapi Uncle Roger adalah watak yang sangat berpendirian tentang makanan dan apabila dia bercakap tentang makanan, ia lebih menghiburkan dan ia lebih berwibawa," katanya.

Membuka restoran

Pada September lalu, Ng membuka restoran pertamanya, yang memberikan satu penghormatan terhadap hidangan nasi goreng bernama Fuiyoh! di Pavilion Kuala Lumur.

Restorannya menggunakan slogan 'Nasi goreng terbaik di bandar'.

Sejak dibuka, kedai makan dengan warna oren neon dipenuhi dengan orang ramai yang beratur panjang sehingga melimpah ke bahagian luar.

Menurut Ng, idea projek restoran yang sudah dirancang sejak setahun lalu tercetus selepas dia mengenali beberapa orang yang mengusahakan restoran di Malaysia dan menganggap ia adalah satu cadangan bagus untuknya memulakan perniagaan dalam dunia makanan dan minuman (F&B).

“Dengan watak saya sebagai Uncle Roger, saya fikir, sesuai untuk menjadikannya sebuah restoran yang sangat bergaya dengan tema yang padu.

“Jadi saya mula bercakap dengan pengusaha restoran dan kami terus membincangkan pelbagai idea. Kemudian idea membuka restoran lahir. Kami memutuskan untuk mencubanya dan melihat ke mana ia membawa kami,” katanya.

When Fuiyoh! It's Uncle Roger opened last week, crowds of people queued up for hours to try the restaurant's fried rice and hopefully meet Ng. — UNCLE ROGER

Pengunjung yang beratur panjang untuk menikmati hidangan di restoran Ng.

Memandangkan dia telah mencipta nama dan mempunyai reputasi sebagai pengulas masakan cef selebriti, keputusannya untuk membuka restoran pastinya suatu risiko yang bukan mudah untuk dihadapi.

“Selalu ada risiko untuk orang memburukkan kejayaan anda jika anda mencuba sesuatu yang baru, bukan? Tetapi saya rasa ingin mengambil risiko ini.

“Jadi dalam erti kata lain, ya, saya fikir akan sentiasa ada orang yang mengkritik dan itu hanya bahagian biasa untuk menjadi pencipta kandungan dalam talian.

“Apabila saya melakukan komedi pentas, orang cakap 'Ya, ia bagus, tetapi anda terlalu banyak bercakap tentang perkara Asia.' Tetapi apabila saya mencipta Uncle Roger, ada juga orang berkata, 'Ini bukan komedi pentas. Kenapa dia buat sedemikian?'

“Sekarang apabila saya membuka restoran, mereka kata, 'Jangan buka restoran, kekal dengan YouTube.'

"Orang ramai akan selalu bercakap, tetapi selagi saya mengeluarkan produk yang bagus, sama ada buku yang sedang saya kerjakan, video saya atau restoran ini, jika saya percaya makanannya sedap – dan kami benar-benar percaya makanan itu bagus – selagi saya mengeluarkan produk yang bagus, dengan itu saya boleh menarik nafas lega,” katanya.

Ng berkata, untuk membangunkan restoran tersebut, dia merancang dengan sangat teliti bermula dari idea awal konsep restoran hingga kepada pembangunan menu.

“Saya rasa saya sudah makan lebih 100 pinggan nasi goreng dan bukan hanya di sini, malah di seluruh dunia juga.

"Jadi saya rasa kalau ada gelaran 'pakar' Nasi Goreng, saya rasa saya layak mendapatnya, sebab saya pernah makan nasi goreng dari semua negara. Saya juga mencuba nasi quinoa goreng!

“Jadi, setiap restoran yang saya pergi, walaupun saya kenyang, saya mendapat nasi goreng mereka. Dan saya memilih bahagian yang saya suka dalam setiap jenis nasi goreng dan digabungkan untuk membuat menu terbaik ini di restoran saya, " katanya. — The Star/ABIRAMI DURAI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram