NIAT murni seorang penunggang motosikal untuk memeriksa sebuah kenderaan rosak di tepi jalan bertukar tragedi selepas dia dipercayai dilanggar sebuah lori treler membawa muatan tangki minyak (tanker) sehingga menyebabkan sebahagian kakinya terputus.
Kejadian terbabit dilaporkan berlaku di lebuh raya Sungai Dua menghala ke Bertam, Pulau Pinang dengan video dan foto mengenai insiden tersebut tular sejak Khamis.
Difahamkan, ketika kemalangan, wanita terbabit menaiki motosikal bersama seorang rakannya.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Keadaan mangsa yang terbaring di lorong kanan jalan akibat kemalangan tersebut. — Twitter
"Dua perempuan naik sebiji motosikal. Berhenti untuk tanya kereta putih itu rosak apa. Tiba-tiba lori 'tanker' datang dari arah belakang langgar motosikal dan kereta itu," tulis hantaran yang memuat naik video berkenaan.
Menerusi video dikongsikan, seorang wanita dilihat terbaring di lorong kanan lebuh raya berkenaan dengan satu foto berasingan memaparkan keadaan kaki kirinya yang sudah terputus separuh.
Haiway Bertam ke sg 2
2 perempuan naik sebiji motor.. Berhenti utk tnya kereta putih tu rosak ke apa.. Tiba2 lori tanker mai kot belakang langgaq motorsikal Dan kereta tu
Tiada info lanjut pic.twitter.com/tVPXju1Zrl
— #UpdateInfo (@update11111) November 14, 2024
Status sebenar kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, kereta berwarna putih yang mengalami kerosakan dalam kejadian itu didapati turut mengalami kesan perlanggaran bersama lori berkenaan di bahagian sisi kanan kenderaan.
Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata daripada warganet melahirkan kekesalan atas kejadian yang berlaku dan turut mengingatkan pengguna jalan raya berkenaan dengan amalan keselamatan yang perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara sedemikian.
"Dulu ada pakcik seorang ini dia selalu nasihatkan aku kalau nak berhenti untuk tolong atau tanya apa-apa, sekurang-kurangnya berhenti depan kereta supaya ada juga pengadang," tulis Johann_Eva8.
"Daripada kursus EOSP (expressway operation safety pasport), didapati bahawa hampir setiap hari ada kemalangan atas lebuh raya. Jika berlaku kerosakan atau apa-apa kemalangan, tolong duduk di belakang railing lebuh raya dan segera hubungi pihak lebuh raya untuk bantuan," tulis akaun_x54134. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram