SATU kemalangan ngeri hampir berlaku di bandar Sergiev Posad, Rusia apabila seorang remaja perempuan dirempuh dan terperosok ke bawah tren selepas dia leka menggunakan fon kepala ketika melintas landasan kereta api.
Kejadian menakutkan yang terjadi pada 6 November lalu itu turut dirakam oleh kamera keselamatan yang berada di lokasi kejadian.
Berdasarkan klip terbabit, remaja berkenaan dilihat berjalan dalam cuaca bersalji dan sedang memakai fon kepala ketika melintas landasan kereta api di bandar berkenaan.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pada masa sama, dia tidak menyedari kehadiran kereta api yang sedang melalui stesen berkenaan menyebabkannya dirempuh tren berkenaan dan terperosok ke bawah rel.
Menurut laporan, pemandu kereta api terbabit dikatakan menekan brek kecemasan namun kenderaan namun gagal untuk memberhentikannya daripada melanggar remaja terbabit.
Incredible luck from the Moscow region: a train hit a girl, but she miraculously survived.
A schoolgirl was walking home across the railroad tracks. Absorbed in her thoughts, she did not notice the approaching train that then hit her.
A few minutes later, stunned... pic.twitter.com/tgyZuOt13U
— Lord Bebo (@MyLordBebo) November 8, 2024
Bagaimanapun, remaja berkenaan difahamkan terselamat apabila kepalanya dapat dielak daripada digilis oleh tayar tren berkenaan.
Orang ramai yang berada di lokasi pada awalnya menyangka bahawa mangsa berkemungkinan maut dan tidak dapat diselamatkan.
Namun, ajaibnya, remaja terbabit kemudiannya dilihat merangkak keluar dengan hanya luka ringan, walaupun ibunya memaklumkan mangsa mengalami kejutan akibat kejadian tersebut.
Dalam pada itu, laporan lain turut mengatakan bahawa remaja berkenaan hanya mengalami luka kecil di tangan.
Siasatan turut dipercayai dijalankan pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.
Sementara itu, ibu kepada remaja perempuan itu memaklumkan anaknya terselamat dalam kemalangan tersebut yang berlaku ketika mangsa sedang pulang ke rumah dari sekolahnya.
"Saya memberitahunya 'jika kereta api itu bergerak laju, badan awak akan hancur seperti daging yang sudah dicincang'. Saya juga tidak lagi membenarkannya menggunakan fon kepala," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram