Remaja lelaki hilang di Kota Bharu ketika hantar pesanan kopi


  • 112
  • Jumaat, 15 Nov 2024

Remaja lelaki dilaporkan hilang di Kota Baru ketika menghantar pesanan kopi pada malam rabu di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

SEORANG remaja lelaki berumur 17 tahun dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya di Lundang, Kota Bharu, Kelantan untuk menghantar pesanan kopi kepada pelanggan pukul 8.15 pada malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan kehilangan Nik Muhammad Amir Aiman ​​Nik Yusoff daripada keluarganya pada Khamis.

“Remaja itu dilaporkan keluar dari rumahnya di 1586-A Jalan Sek.Lundang dengan memakai seluar jean biru dan berbaju-T hitam.

BACA LAGI: Remaja perempuan 16 tahun hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Subang Jaya

BACA LAGI: 'Kualiti' lelaki Malaysia sebagai pelindung dipertikai, punca kes remaja perempuan hilang meningkat — Kamal Affandi

"Nik Muhammad Amir Aiman ​​berketinggian kira-kira 165 cm, berat sekitar 40 kilogram dan berambut lurus serta pendek," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Difahamkan usaha mengesan mangsa hilang masih dijalankan.

Beliau bagaimanapun menggesa kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan remaja itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Che Habsah Che Hasaan di talian 013-4250565 atau balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram