Remaja perempuan 16 tahun hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Subang Jaya


  • 112
  • Jumaat, 11 Okt 2024

Polis menerima laporan kehilangan Zaida Zainul Rizam pada pukul 10.16 malam Khamis.

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17, Subang Jaya pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis menerima laporan kehilangan Zaida Zainul Rizam itu pada pukul 10.16, malam Khamis.

“Kali terakhir remaja itu dilihat berada di sebuah sekolah menengah kira-kira 1.30 petang.

“Remaja yang hilang itu berketinggian anggaran 164 sentimeter dengan berat badan 53 kilogram dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan rasmi pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas 'offer' main tanpa gaji, Liridon kongsi gol mantap gandingan bersama legenda AC Milan

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

Pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk melihat sebarang gerak-geri atau maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222/100 bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram