SEKUMPULAN wanita daripada komuniti penduduk berpendapatan rendah, B40, di Buntong, Perak mengubah nasib apabila berjaya untuk menceburi bidang perniagaan makanan selepas menguasai kemahiran daripada bengkel dijalankan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Kumpulan terbabit terdiri daripada wanita termasuk beberapa ibu tunggal merupakan peserta kelas membakar kek dan roti anjuran Perak Women for Women Society (PWW) Baking Studio.
Hasil daripada kelas tersebut, sebilangan daripada mereka telah menjadi berjaya menjadi usahawan dan memperoleh pendapatan tambahan.
Yuran penyertaan yang rendah
Penolong akauntan, Nor Juliana Othman, 39, hanya mempunyai pengetahuan asas memasak sebelum menyertai kelas terbabit.
“Saya pernah memasak untuk keluarga dan rakan-rakan dan hasilnya selalunya tidak seperti diharapkan.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
“Adakalanya kuih-muih itu berjaya dan kadangkala tidak kerana saya tidak tahu teknik yang betul.
“Saya kini telah mempelajari teknik membakar seperti mengawal suhu ketuhar dan menggunakan peralatan yang betul. Ini memberikan perbezaan besar dalam produk yang disiapkan,” tambahnya.
Nor Juliana yang tinggal di rumah pangsa Taman Harmoni Buntong, kini membuka tempahan dan mempromosikan produk bakerinya secara dalam talian.
“Kek mentega dan brownies adalah produk istimewa saya. Saya mempunyai rancangan mengembangkan lagi perniagaan tetapi buat masa ini, saya hanya menumpukan pada mempromosikan barangan bakar saya di media sosial," katanya sambil menambah bahawa dia berharap untuk membuka kedai bakeri pada masa depan.
Salah seorang peserta bengkel menyediakan label untuk bekas biskut.
Kelas membakar roti dan biskut hasil kerjasama antara PWW dan Rumah Pangsa Taman Harmoni Buntong Rukun Tetangga (RT), bermula pada September tahun lalu.
Sejak itu, terdapat tiga kumpulan dengan seramai 24 wanita mengambil bahagian dengan bayaran RM50 bagi setiap peserta.
Kelas terbabit yang berlangsung di balai raya rumah pangsa pada Ahad antara 3 petang dan 6 petang, berjalan dengan menggunakan 10 modul.
Selain wanita dari kediaman pangsa tersebut, peserta turut terdiri dari kawasan jiran seperti Cherry Park, Taman Meru dan First Garden.
Nor Juliana berkata, dia mengetahui tentang kelas bakeri melalui kumpulan WhatsApp komuniti.
“Saya sudah lama teringin untuk menyertai kelas sebegitu tetapi biasanya bayaran agak mahal, kadangkala boleh mencecah RM300. Jadi, saya segera mendaftar (untuk kelas mampu milik).
"Saya gembira kerana kelas ini pada hujung minggu dan ia adalah sesuai untuk wanita bekerja seperti saya," katanya.
Suri rumah, K Thilagam, 53, dari Kampung Jelapang Jaya berkata, kemahiran memasaknya bertambah baik hasil daripada menghadiri kelas tersebut.
Thilagam, yang memasak dan membakar roti untuk keluarga dan rakan-rakan berkata, dia telah belajar cara membuat beberapa lagi hidangan lazat daripada kelas.
“Sebelum menyertai kelas, saya tahu membuat donat, kek mentega dan kuih tradisional Melayu seperti lompang dan seri muka.
"Sekarang saya tahu cara membuat kek jeli 3D," katanya.
Thilagam yang turut menjual kuih muih kuih berkata, dia mendapat lebih banyak tempahan selepas menamatkan kelas terbabit.
Suri rumah, Wan Nor Roslinda Wan Nor Rusli, 38, berkata, kelas membakar kek dan roti itu cukup bermanfaat kerana ia membantunya mengisi masa lapang sambil mengembangkan kemahirannya.
Salawati ketika menyediakan hidangan biskut yang dibakarnya.
“Saya berminat untuk membakar, tetapi saya tidak pernah mendapat bimbingan atau peluang yang sewajarnya kerana kelas memasak di tempat lain adalah mahal.
“Jadi, daripada tidak melakukan apa-apa di rumah, saya mendaftar untuk kelas ini untuk meluaskan pengetahuan saya,” katanya.
Walaupun masih belum menceburi bidang perniagaan, Wan Nor Roslinda sememangnya mempunyai perancangan mendapatkan pendapatan tambahan hasil perkhidmatan bakerinya pada masa hadapan.
“Buat masa ini, saya masih mengasah kemahiran saya, tetapi jika ada peluang, saya pasti akan mempertimbangkan untuk menerima tempahan,” katanya.
Ibu tunggal Salawati Yahya, 45, berkongsi bagaimana inisiatif itu membantunya mempelajari kemahiran baharu.
Lebih daripada sekadar belajar tentang teknik membakar, Salawati mendapati bahawa pembuatan kek dan kuih muih itu juga membantunya menangani ketakutan dan kebimbangannya.
“Dulu saya pemalu dan gementar, tetapi sekarang, melalui proses membakar ini, saya rasa lebih yakin.
"Saya masih belajar dan berharap dapat meningkatkan kemahiran saya supaya saya boleh memulakan perniagaan saya sendiri," tambahnya.
Membantu lahirkan peniaga
Muhammad Faiz berkata , PWW menjalanakn inisiatif membantu membuka peluang kepada wanita mengembangkan kemahiran mereka dan memulakan perniagaan.
Ahli jawatankuasa PWW, Liza Zainudin, 50, berkata NGO, langkah dilaksanakan NGO itu didorong oleh kemahuan untuk membantu memperkasakan wanita kurang bernasib baik mempelajari kemahiran membakar untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.
“Kami memulakan ini dengan tujuan untuk membantu wanita kerana kami tahu memasak boleh menjadi cara untuk mereka menjana pendapatan tambahan.
“Apabila berita mengenai kelas pembakar PWW tersebar, ramai yang muncul. Bagaimanapun, kami hanya boleh memuatkan lapan peserta setiap kelompok,” katanya.
Liza berkata, peserta dikehendaki menjalani sesi temu duga dan mereka yang menunjukkan semangat serta komitmen akan diberikan keutamaan.
"Kami mahukan individu yang bertenaga yang berminat untuk belajar. Peserta yang kebanyakannya suri rumah diwajibkan mendapatkan suntikan typhoid. Kami mahukan calon berkualiti berbanding kuantiti,” tambahnya. — The Star/ANNABELLE LAWRENCE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram