Daripada tuntutan komersial kepada kepuasan seni, karya duo artis dari PJ dapat perhatian Tokyo


  • Bizz
  • Selasa, 12 Nov 2024

Selepas pengalaman di Jepun, Fizah (kiri) dan Rezaliando kini mula melihat kepada lebih banyak projek mandiri yang memberikan Machineast capaian lebih luas. — The Star/M. Irsyad

GANDINGAN duo artis seni digital berpangkalan di Malaysia, Machineast berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila karya seni digital ciptaan mereka dipilih sebagai finalis dalam satu pertandingan di pameran cahaya antarabangsa di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.

Dengan menampilkan rekaan inovatif berakar daripada budaya Asia Tenggara, buah tangan karya seni pasangan suami isteri Indonesia-Malaysia, Rezaliando dan Fizah Rahim menjadi antara karya mencuri perhatian semasa 'Pertandingan Projeksi Pemetaan 1 minit'.

Acara diadakan bersempena Festival Cahaya Tokyo terbabit memberikan cabaran kepada peserta bagi mempersembahkan karya projeksi pemetaan selama satu minit berasaskan tema tertentu.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Sudah memasuki edisi ke-12 pertandingan seni digital itu berlangsung dari 14 hingga 16 September lalu dan menawarkan penduduk Tokyo peluang untuk menikmati pelbagai karya projeksi pemetaan peserta terlibat.

Bekerja dari studio mereka yang berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor, Rezaliando dan Fizah merupakan artis dengan kepakaran mencipta karya seni digital berfokus pada animasi 3D dan grafik bergerak.

Pengembaraan di Tokyo

“Kami mendapat galakan daripada rakan artis digital kami, Abdul Shakir yang merupakan pengasas bersama Filamen untuk menyerahkan karya bagi pertandingan itu. Memandangkan Malaysia tidak pernah menghantar wakil sebelum ini, kami fikir, 'Kenapa tidak?'” kata Fizah yang merupakan anak kelahiran Sabah dalam satu temu bual.

“Kami tidak pernah memasukkan karya kami ke dalam sebarang anugerah atau pertandingan sebelum ini, tetapi kami merasakan ini adalah masa sesuai mencabar diri kami sebagai artis.

"Lebih penting lagi, ia adalah peluang yang baik untuk berhubung dengan kolektif lain dalam komuniti seni digital,” tambahnya.

Persaingan di Jepun menawarkan peluang yang jarang berlaku kepada pasangan itu yang sekali gus melepaskan diri daripada tuntutan komersial yang sering kali menjadi penggerak kepada projek mereka.

A view from the crowds of 'Reflective Ascension' by Machineast, which was selected as finalist in the 1-minute Projection Mapping Competition 2024 in Tokyo.

Foto memaparkan penonton menyaksikan persembahan 'Reflective Ascension' oleh Machineast yang dipilih sebagai finalis dalam Pertandingan Projeksi Pemetaan 1 minit 2024 di Tokyo pada September lalu. — MaybeFuture

“Sebagai artis digital, kebanyakan kerja kami adalah didorong oleh pelanggan – itulah yang membantu kami mendapat pendapatan.

"Tetapi kami sentiasa bersemangat untuk meneroka jalan seni baharu, dan pertandingan ini memberi kami peluang yang sempurna untuk melakukannya,” kata Rezaliando, yang berasal dari Pekanbaru, Indonesia.

"'Pertandingan Projeksi Pemetaan 1 minit' pada tahun ini yang berpusatkan kepada tema 'Cermin' menarik 278 penyertaan dari 56 negara dan wilayah.

Daripada kumpulan tersebut, hanya 18 finalis dipilih untuk menampilkan karya mereka ke Galeri Gambar Memorial Meijijingu Gaien Meiji, salah satu bangunan muzium terawal di Tokyo.

Bersempena dengan pameran tersebut, bangunan bersejarah itu yang dibina pada 1925 itu turut menyediakan dengan kanvas menakjubkan yang memiliki lebar 112 meter dan tinggi 32.1 meter untuk artis mengekspresikan karya masing-masing.

Pada acara final itu, Machineast menampilkan karya bertajuk 'Reflective Ascension', iaitu satu animasi visual yang meneroka tema pencarian jati diri.

Ia menggambarkan sebuah bola bergerak bersendirian sambil disaksikan cerminan puluhan pandangan mata bagi melambangkan refleksi perjalanan dan perkembangan aspek dalaman individu.

“Apa yang paling mengejutkan saya adalah kehadiran orang ramai. Kami menjangkakan penonton kebanyakannya terdiri daripada artis digital dan peminat teknologi, tetapi itu tidak berlaku.

"Memandangkan festival ini sebahagiannya dibiayai kerajaan Jepun, ia dilihat sebagai hari perayaan yang popular untuk orang ramai. Projeksi pemetaan dan pertunjukan cahaya adalah perkara biasa di Jepun,” kata Fizah, 41.

Selepas penampilan sulung yang memberangsangkan acara itu, pasangan ini merancang bagi menghantar satu lagi penyertaan bagi edisi tahun depan dan berharap dapat memberi inspirasi kepada artis digital lain di Malaysia untuk menyertainya.

“Sungguh menakjubkan melihat karya kami dipaparkan pada skala begitu besar. Berada di negara yang menjunjung tinggi kedua-dua teknologi dan seni, ia membuka mata untuk menyaksikan ciptaan luar biasa daripada artis digital di seluruh dunia,” kata Rezaliando.

Ke dunia digital

3rd pix +++ A close-up view of Machineast's design for '36 Days Of Type', showcasing its 3D interpretations of alphabets and, in this case, numerals. - Machineast

Karya reka bentuk Machineast dikenali sebagai '36 Days Of Type' yang mempamerkan tafsiran 3D abjad dan angka. — Machineast

Rezaliando dan Fizah pertama kali menceburi dunia seni digital pada 2016 semasa bekerja di Singapura dengan Fizah sebagai artis digital di agensi pengiklanan, dan Rezaliando sebagai pensyarah reka bentuk gerakan di 3dsense Media School.

Pada masa itu, seni lebih kepada hobi, iaitu perkara yang mereka terokai melalui projek kecil, berkongsi hasil kerja mereka di media sosial.

Antara projek diusahakan adalah bertajuk 36 Days Of Type, di mana artis dicabar untuk mereka bentuk huruf atau nombor setiap hari selama 36 hari.

"Kami menggunakan projek itu sebagai percubaan kreatif, cara untuk membangunkan gaya unik kami sendiri.

"Ketika itulah saya menerima tawaran tidak dijangka daripada jenama antarabangsa utama, meminta untuk menggunakan salah satu rekaan kami bagi kempen pelancaran produk mereka,” kongsi Fizah, yang dibesarkan di Sandakan.

Mereka menggunakan nama Machineast pada 2016 bagi melambangkan identiti mereka sebagai artis yang dipacu teknologi berasal dari Asia Tenggara.

Sejak itu, duo kreatif ini bekerja dengan pelbagai syarikat di bawah Fortune 500 sambil turut meneroka peluang dalam pameran dan festival seni.

Antara menarik adalah pada 2018 yang menyaksikan Machineast memberikan sumbangan kepada 'Light To Night Festival', yang menyinari ruang awam Singapura dengan pelbagai warna mempesonakan.

Pada 2021, ia mempamerkan karya bertajuk 'Tropical Breeze' sebagai sebahagian daripada projek 'New Weave', iaitu kerja seni kontemporari anjuran Yayasan Maybank dan Muzium Nasional Singapura.

A view of the finalists of the 1-minute Projection Mapping competition, at the Meijijingu Gaien Meiji Memorial Picture Gallery, standing 112m wide and 32.1m high.

Foto memaparkan pemandangan Galeri Gambar Memorial Meijijingu Gaien Meiji di Tokyo semasa pameran berlangsung. — MaybeFuture

“Walaupun kami menyukai seni digital, kami juga bercita-cita untuk mencipta sesuatu secara fizikal – sesuatu yang orang ramai boleh terlibat dengannya.

"Menonton projeksi pemetaan pada video tidak memberikan memberikan sepenuhnya keadilan terhadap karya ini untuk membolehkan penonton lebih tenggelam dalam pengalaman tontonan mereka," kata Rezaliando, 41.

Walaupun Machineast akan terus menumpukan pada pembangunan konsep dan reka bentuk grafik, minat sebenar duo ini masih berpaksi pada seni.

“Kami telah pun menyaksikan impak seni 3D 'Naked Eye' di Pavilion, KL, di mana animasi itu terasa seperti melompat ke realiti penonton.

"Ketika teknologi terus maju dan artis mendapat akses kepada alat lebih baharu, kemungkinan ketika ini dilihat tidak terbatas. Artis Malaysia dalam bidang digital akan dapat meneroka inovasi ini merentasi pelbagai medium,” ujarnya. — The Star/M. IRSYAD

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram