Dari Shanghai ke KL, Spacemen terjemah ideologi jenama ke dalam ruang seni bina kedai


  • Bizz
  • Rabu, 06 Nov 2024

Tan yang mempunyai latar belakang dalam seni bina, menubuhkan firma itu di Shanghai selepas lebih tiga tahun bekerja di sebuah syarikat reka bentuk dalaman di bandar raya China itu.

SEWAKTU zaman ketika pengguna semakin terdedah kepada pelbagai pilihan produk tanpa had, kebanyakan jenama kini sentiasa mencari jalan untuk sentiasa menampilkan kelainan.

Didorong permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan yang menjanjikan pengalaman, trend masa kini menunjukkan kebanyakan jenama meletakkan keutamaan tinggi pada reka bentuk di premis peruncitan masing-masing bagi meningkatkan penglibatan pelanggan dan membina kesetiaan.

Daripada kedai runcit interaktif sehingga kedai makanan dan minuman (F&B), sektor perniagaan kini mula melabur untuk membina persekitaran baharu yang dilihat memberikan kesan langsung kepada pelanggan mereka.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Menyentuh mengenai perkembangan tersebut, firma reka bentuk ruang dalaman dikenali sebagai Spacemen kini menjadi antara yang aktif dalam penglibatannya terhadap trend berkenaan.

Dengan kepakaran membangunkan seni bina untuk sesebuah jenama, Spacemen bertanggungjawab menerapkan ideologi dan naratif cuba dibawa sesuatu jenama kepada sesuatu ruang yang ingin dibangunkan.

“Kami menggunakan seni bina dan reka bentuk dalaman untuk mencipta pengalaman spatial yang menceritakan kisah dan meninggalkan kesan emosi.

"Saya mahu orang ramai berasa terkesan oleh persekitaran yang mereka ada. Kami menganggap setiap projek dan ruang seperti kanvas kosong yang digunakan untuk mencipta perjalanan penceritaan yang memberi inspirasi." kata pengasas Spacemen, Edward Tan.

Antara projek yang dilaksanakan firma berkenaan adalah menerusi reka bentuk sebuah restoran konsep di Kuala Lumpur dikenali sebagai Bar.Kar yang memberikan fokus terhadap seni masakan berasaskan api kayu.

Icha Chateau's hanging chains were inspired by the brand's tea plantations. - Spacemen

Rekaan ruang dalaman dibangunkan Spacemen di Icha Chateau, sebuah bistro di bangunan warisan abad ke-19 di Shanghai.

Bagi mereka yang berkunjung ke premis tersebut, mereka akan disambut dengan perjalanan melalui laluan seperti labirin yang dikelilingi dinding dengan susunan kayu api.

Pengunjung masuk melalui laluan seperti labirin yang dikelilingi oleh dinding kayu api bertindan, yang memberi laluan kepada ruang makan dicirikan oleh dinding stuko terakota, pemasangan siling di jaring dan ruang bernuansa warna merah.

“Pelanggan meminta cara memasak primitif ini wujud dalam reka bentuk. Mereka mahukan sesuatu yang dikaitkan terus dengan yang berkaitan dengan api, membangkitkan suasana waktu zaman prasejarah di mana makanan dimasak di atas api di dalam gua,” kongsi Tan.

Bagi iklim tropika di Malaysia, kewujudan ruang pendiangan atau fireplace dalaman yang sebenar mungkin tidak praktikal kerana aspek keselamatan memandangkan lokasi bangunan perniagaan yang bercampur.

Disebabkan itu, pereka bentuk membahagikan konsep restoran api terbuka kepada komponen penting dengan menyatakannya melalui ruang yang lain.

"Penyelesaian saya ialah menggunakan bahasa visual gua, kayu dan api sebagai satu siri lapisan dengan memecahkan konstruk kefahaman mengenai api kepada elemen seni bina," ujarnya.

Sebagai contoh, lapisan permukaan warna merah melambangkan haba, arca emas dalam bentuk api, dan warna dalaman seperti gua akan mengingatkan pengunjung kepada amalan memasak secara purba.

Malah koridor yang dihiasi dengan susunan kayu pada ruang hadapan restoran juga melambangkan pengembaraan melalui hutan, iaitu tempat di mana kayu api diperolehi.

"Untuk keseluruhan pengalaman, kami mahu tetamu bukan sahaja terlibat secara visual tetapi juga menyentuh dan merasai tekstur serta bahan," tambahnya.

Ditubuhkan pada 2014, Spacemen mempunyai pejabat di Shanghai dan Kuala Lumpur.

Tan, yang mempunyai latar belakang dalam seni bina, menubuhkan firma itu di Shanghai selepas lebih tiga tahun bekerja di sebuah syarikat reka bentuk dalaman di bandar raya China itu.

Setelah kembali ke Malaysia akibat pandemik Covid-19, beliau menubuhkan pejabat kedua Spacemen di Kuala Lumpur pada 2021.

Star Biz7 Pursuits photoshoot and interview with retail architecture designer Edward Tan.. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Tan menubuhkan pejabat kedua Spacemen di Kuala Lumpur pada 2021.

Pada tahun-tahun awalnya, Tan berkata, beliau memulakan usaha bagi menerapkan aplikasi bahasa reka bentuk unik yang mahu ditonjolkan syarikatnya.

"Kami cuba menyasarkan emosi tersendiri untuk setiap ruang yang saya fikir membuatkan kami menonjol, bersama-sama dengan pendekatan minimalis-maksimal kami untuk mereka bentuk," ujarnya.

Falsafah minimalis-maksimal jelas beliau diterapkan melalui gabungan dari segi jenis bahan dan aplikasinya.

"Kami mahu orang ramai 'tenggelam' dalam ruang, dan kami cuba mengurangkan perkara tidak perlu dan menumpukan pada faktor utama," ujarnya.

Contoh tersebut dilihat dalam reka bentuk Icha Chateau, sebuah bistro di bangunan warisan abad ke-19 di Shanghai.

Antara ruang komersial lain mendapat sentuhan Spacemen di Malaysia ialah kedai konsep Braun Buffel di IOI City Mall Putrajaya.

Premis tersebut menggunakan "pokok" yang diliputi lumut abstrak berdiri sebagai bahagian tengah ruang yang diilhamkan daripada elemen sains fiksyen dengan menjadikan ia muncul dari lantai dan menegak ke siling.

"Mereka mahu membuka jenama kepada khalayak yang berbeza daripada yang sedia ada, dan menarik orang ramai dengan konsep reka bentuk.

"Saya bermain-main dengan idea pemasangan 'misteri' untuk membuat pengunjung tertanya-tanya. Adakah ia benar? Adakah ia lumut? Adakah ia pokok? Rasa ingin tahu adalah emosi yang ingin kami inspirasikan,” kata Tan.

Jenama lain yang turut mendapat sentuhan Spacemen adalah butik Coach Airways di Melaka dan butik produk penjagaan kulit, Trove yang terletak di Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram