
RUMAH pam berhampiran laluan bawah tanah Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur akan dinaik taraf bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu.
Laluan bawah tanah yang terletak di hadapan stesen MRT Chan Sow Lin sering dilanda banjir ketika hujan lebat dan menimbulkan risiko kepada pemandu.
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai berkata, naik taraf itu adalah antara langkah jangka pendek yang akan diambil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
BACA LAGI: [VIDEO] MARA bantu pelajar cemerlang tercicir MRSM, terlepas ujian sebab tiada kenderaan
BACA LAGI: 47 pelajar keracunan di MRSM Terendak terima rawatan, punca masih disiasat
Kok Wai berkata, rumah pam itu dilengkapi dengan tujuh pam dan kesemuanya akan dinaik taraf.
"Untuk langkah jangka panjang, DBKL akan menilai cara proses bagi mengalihkan air berlebihan dari kawasan tersebut semasa hujan lebat," katanya selepas lawatan kerja ke rumah pam bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Tambahnya, Datuk Bandar memberi jaminan bahawa isu tersebut akan diberikan keutamaan walaupun tiada tempoh masa yang ditetapkan
Tahun lalu, sebuah video menunjukkan seorang anggota polis menyelamatkan seorang pemandu selepas keretanya tenggelam di laluan bawah tanah itu menjadi tular di media sosial.
Dalam pada itu, satu lagi video pada bulan Ogos tahun ini menunjukkan kereta terperangkap akibat banjir di kawasan tersebut.
Kok Wai berkata, rumah pam itu dilengkapi dengan tujuh pam dan kesemuanya akan dinaik taraf.
Beliau juga menambah bahawa Datuk Bandar meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memastikan bekalan elektrik yang stabil semasa hujan lebat bagi memastikan pam berfungsi dengan baik.
Sebelum ini dilaporkan bahawa DBKL memasang sensor di 30 kawasan yang sering dilanda banjir. — The Star/FARID WAHAB
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram