47 pelajar keracunan di MRSM Terendak terima rawatan, punca masih disiasat


  • Primer
  • Jumaat, 27 Sep 2024

Tiada daripada mereka ditahan di wad selepas masing-masing menerima rawatan. — Facebook/Unit Kokurikulum MRSM Terendak

SERAMAI 47 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Melaka disahkan mengalami gejala sakit perut dan sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan (KK) sejak Khamis malam.

Menurut laporan Buletin TV3, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, gejala sakit perut dialami semua pelajar terbabit dilaporkan tidak serius.

Jelas beliau, kesemua mereka yang terkesan sudah dibenarkan kembali serta melakukan aktiviti seperti biasa di maktab berkenaan.

BACA LAGI: 51 pelajar KPM Ayer Molek keracunan makan, 7 kafe diarah tutup sementara

BACA LAGI: Budak 10 tahun maut keracunan makanan ketika bersama ibu di rumah di Sandakan

“Pemeriksaan sudah dilakukan pihak pegawai kesihatan daerah (PKD) bagi mengenal pasti sumber kepada kes ini dan kita masih menunggu laporan berkaitan.

“Setakat ini tiada punca yang dapat dikenal pasti secara tepat dan kawalan dibuat berdasarkan kemungkinan makanan, tetapi ia tidak membabitkan Dewan Selera,” katanya.

photo_2020-12-10_15-08-49-e1620542841849

Rahmad menegaskan pemeriksaan sudah dilakukan PKD. Melaka Hari Ini

Rahmad berkata demikian ketika diminta mengulas hantaran dibuat Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook mengenai 48 pelajar MRSM Terendak mengalami keracunan makanan.

Asyaraf Wajdi dilapor berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh ibu bapa pelajar, termasuk keluhan mengenai fasiliti di pusat pengajian itu.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, beliau dimaklumkan di kampus MRSM Terendak juga terdapat kafe dan koperasi yang menjual makanan bagi kemudahan seramai 663 pelajarnya.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem turut mengesahkan semua pelajar yang mengalami keracunan makanan dirawat sebagai pesakit luar di KK Masjid Tanah dan Rembia dan tiada ditahan di wad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram