[VIDEO] Tragedi konvoi Kluang: Mangsa gagal elak kereta arah bertentangan, turut dirempuh rakan berkonvoi — Polis


  • Tular
  • Isnin, 11 Nov 2024

Tangkap layar video memaparkan keadaan di lokasi kemalangan maut tersebut pada Ahad.

SEORANG peserta konvoi skuter berkuasa tinggi dilaporkan maut selepas motosikal dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Paloh-Yong Peng, Batu Pahat, Johor pada Ahad.

Video di lokasi kejadian yang memaparkan keadaan sebuah motosikal sudah terputus dua dipercayai akibat kejadian tersebut turut tular di media sosial.

Berdasarkan klip berkenaan, insiden itu melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Difahamkan, mangsa maut ialah Abd Razak Jufrin yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Sungai Kopok, Pasir Gudang.

Berita pemergian arwah turut dikongsikan oleh Facebook Rasmi Umno Bahagian Tebrau pada Ahad.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan mengenai kemalangan terbabit yang berlaku sekitar pukul 10.15 pagi Ahad.

466129975_1092075946256942_6844651986238525738_n

Keadaan salah sebuah motosikal terbabit dalam kemalangan pada Ahad. — Facebook

Menurut beliau, ketika kejadian, tiga buah motosikal bersama beberapa buah motosikal berkuasa tinggi lain dalam perjalanan dari Segamat menghala ke arah Kluang.

“Apabila sampai di tempat kejadian berlaku kemalangan antara motosikal pertama ditunggang mangsa yang maut bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Kemalangan tersebut menyebabkan motosikal kedua terlanggar motosikal pertama mengakibatkan motosikal kedua turut terbabas.

“Datang pula motosikal ketiga yang turut terbabas setelah terlanggar serpihan-serpihan atas jalan raya kesan kemalangan akibat perlanggaran pertama dan kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

466142434_1092076009590269_3234686807259502442_n

Mangsa yang maut beralamat di Pasir Gudang. — Kluang Hari Ini

Menurut Shahrulanuar, akibat kemalangan tersebut, Abd Razak, 64, yang beralamat di Pasir Gudang cedera di bahagian leher dan organ dalaman badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Turut cedera penunggang motosikal ketiga iaitu seorang lelaki, 29, manakala pemandu kereta berkenaan pula cedera ringan di beberapa bahagian badan," ujarnya.

kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil membantu siasatan polis.

"Maklumat boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor 07-2212999 atau Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4343999," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram