
SEORANG ahli perniagaan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Isnin atas kesalahan membunuh rakan perniagaannya pada November tahun lalu.
Noraini Remali, 36, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh Noorzihan Abd Karim di hadapan pondok pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang, Terengganu antara pukul 3.20 pagi dan 4 pagi 1 November 2023.
Dia berdepan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, perlu menjalani hukuman sebat sekurang-kurangnya 12 kali jika disabit kesalahan.
BACA LAGI: Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari, kes disebut ke 5 Januari depan
BACA LAGI: Dua suspek kes bunuh Sabari Baharom dituduh di mahkamah Kubang Pasu pada Khamis
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menetapkan 17 November untuk sebutan semula kes.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris sementara tertuduh diwakili peguam, Che Mohd Azmi Che Hamat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram