KEMALANGAN di tempat kerja, terutamanya di kilang-kilang, bukanlah perkara asing dalam sektor industri.
Dalam usaha mengejar produktiviti, banyak kilang bergantung pada penggunaan mesin berisiko tinggi.
Namun begitu, tanpa langkah keselamatan yang mencukupi, kemalangan boleh berlaku secara tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
BACA LAGI: [VIDEO] Harimau belang mati digilis lori di Banjaran Titiwangsa
Sebagai contoh, kes kemalangan yang melibatkan seorang pekerja kilang alat tulis di Lima, Peru mengejutkan warga maya di seluruh dunia pada Jumaat.
Dalam kejadian tragedi ngeri itu, mangsa, Hugo Rojas Ventura maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di anggota badan.
Seorang pekerja kilang maut dihempap mesin di Lima, Peru. pic.twitter.com/AcuEIIWgJa
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) November 9, 2024
Insiden itu juga berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kilang berkenaan.
Menerusi video tular yang dimuat naik di laman media sosial itu memaparkan lelaki berusia 52 tahun sedang melakukan tugas hariannya di kilang tersebut ketika kejadian berlaku.
Namun, mesin pemampat kertas itu tidak berfungsi sebelum dia cuba mengeluarkan span kertas.
Secara tiba-tiba, mesin tersebut berfungsi lalu menghempap mangsa.
Lebih menyayat hati, kejadian itu disaksikan rakan sekerjanya yang berada di tempat kejadian sehingga dia menjerit ketakutan.
Malah wanita itu juga cuba menyelamatkan Hugo dengan menariknya keluar namun gagal.
Memetik laporan berita antarabangsa, kejadian itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa tempatan setakat berita ini ditulis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram