Penerima Anugerah Kajai pertama, Rosnah Majid meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang


  • Massa
  • Ahad, 10 Nov 2024

Rosnah meninggal dunia pada usianya 71 tahun akibat komplikasi buah pinggang. — The Star

WARTAWAN veteran yang merupakan bekas ahli politik, Datuk Rosnah Abd Majid, 71, meninggal dunia di kediamannya di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 9.30 pagi Ahad.

Pemergiannya juga disahkan oleh kakaknya, Mariam Abd Majid.

Difahamkan, arwah mengalami komplikasi buah pinggang dan menjalani pemindahan buah pinggang di China pada 2001.

BACA LAGI: [VIDEO] MCMC siasat pengguna TikTok buat konten lucah promosi produk

BACA LAGI: Lelaki nyaris maut terjatuh dalam saluran penyaman udara di UTC Pudu

Mariam berkata, jenazahnya kini berada di Pulau Pinang dan akan dikebumikan di Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 1953 di Sungai Pial, Merbuk, Kedah, Rosnah merupakan graduan Ekonomi dari Universiti Malaya (UM).

Beliau mempunyai kerjaya yang cemerlang, menghabiskan 20 tahun di Utusan Malaysia apabila beliau menjadi penerima pertama Anugerah Kajai berprestij pada 1984.

Selain kerjaya sebagai wartawan, Rosnah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan Tanjung Dawai, Kedah memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 selepas menewaskan calon PAS.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Badan Perhubungan Wanita Umno Kedah bagi penggal 2000/2003.

Pada 2007, Rosnah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama setahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram