SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengambil maklum dan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan video berunsur lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.
MCMC dalam ciapan maklum balas terhadap seorang pengguna X pada Ahad memaklumkan bahawa pihaknya menyarankan pengadu untuk membuat aduan secara terus di laman sesawang MCMC.
"Ia bagi memastikan pengurusan aduan yang lebih efektif dan memudahkan semakan status aduan," katanya.
BACA LAGI: Lelaki nyaris maut terjatuh dalam saluran penyaman udara di UTC Pudu
Maklum balas tersebut adalah berkaitan pengguna TikTok yang memuat naik kandungan video tidak sopan sebagai cara mempromosikan produk jualan.
Pencipta kandungan tersebut juga membuat aksi-aksi dan suara yang menghairahkan penonton.
"Tolonglah buat aduah beramai-ramai akaun ini, kita tak boleh halang orang main TikTok, tetapi sekurang-kurangnya boleh halang marketing lucah macam ini," gesa @faizfayeshz. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram