Lelaki nyaris maut terjatuh dalam saluran penyaman udara di UTC Pudu


  • 112
  • Ahad, 10 Nov 2024

Anggota bomba ketika operasi menyelamat mangsa yang terjatuh ke dalam saluran penyaman udara di UTC Pudu, Kuala Lumpur pada Sabtu.

SEORANG lelaki nyaris maut selepas terjatuh ke dalam saluran penyaman udara di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman bagaimanapun mengesahkan mangsa berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita sarat mengandung sedih anak buah buta hati perut sanggup halau bapa saudara hidap alzheimer di Johor

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat bawa lari mesin duit, 2 lelaki guna kayu baseball rompak kedai di Klang

"Saya boleh mengesahkan kejadian berlaku di UTC Pudu pada Sabtu. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menyelamatkannya dan sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur," katanya pada Ahad.

Sebelum ini, anggota bomba dilihat berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa di saluran tersebut. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram