Selamatkah media sosial buat pewaris negara? Ini pentingnya kawalan ketat persekitaran platform digital 


  • Primer
  • Khamis, 07 Nov 2024

Kanak-kanak antara golongan yang terdedah kepada risiko penyalahgunaan media sosial. — Gambar hiasan

LANGKAH kerajaan Malaysia memperkenalkan lesen kepada perkhidmatan platform media sosial telah menarik perhatian ramai dan menjadi bualan hangat pelbagai pihak.

Pengumuman Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini menggariskan mandat jelas dan mendesak khususnya berhubung peranan perlu dimainkan platform dalam talian untuk mengutamakan keselamatan pengguna terutamanya kanak-kanak.

Dengan trend peningkatan aktiviti dalam talian, masa kini adalah tempoh yang sangat penting untuk menggerakkan usaha mewujudkan persekitaran digital lebih selamat dan terkawal buat anak bangsa selaku pewaris negara ini.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

df111ecee7b59bd5851fb1fda89a76e56721cc7c248dd

Fahmi (kanan) ketika mengadakan pertemuan dengan Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara Rafael Frankel pada 30 Oktober lalu.

Ternyata tahap keselamatan dalam talian kini semakin menjadi isu kritikal susulan pertambahan pengguna Internet bukan sahaja daripada segi jumlah, malah juga kepelbagaian latar belakang apabila melibatkan kanak-kanak dan kumpulan berisiko.

Meskipun landskap digital hari ini menawarkan peluang besar, pada masa sama ia turut mendedahkan pengguna kepada pelbagai bentuk risiko.

Risiko-risiko yang dimaksudkan termasuk kegiatan scam atau penipuan, buli siber, pengantunan seksual dan eksploitasi yang semakin berleluasa. Situasi berkenaan sekali gus menjadikan ruang dalam talian menjadi seolah-olah tidak terkawal dan berbahaya.

Malangnya, platform media sosial tertentu termasuk yang mempunyai pengaruh di peringkat global dilihat bergelut untuk melindungi pengguna daripada ancaman tersebut.

2985358

Kewujudan akaun dan kumpulan yang kandungannya tertumpu kepada aktiviti berbahaya seperti eksploitasi kanak-kanak amat membimbangkan.

Facebook, misalnya menyaksikan kewujudan akaun dan kumpulan yang kandungannya tertumpu kepada aktiviti berbahaya seperti penipuan serta eksploitasi kanak-kanak dengan pemangsa terlibat dalam perbuatan pengantunan seksual dibiarkan tanpa sebarang kawalan.

Suara kemarahan orang ramai terhadap isu terbabit semakin lantang dan memaksa kerajaan bertindak segera mewujudkan peraturan yang boleh dikuatkuasakan.

Dengan kebimbangan yang wujud, adalah jelas bahawa platform media sosial mesti memikul tanggungjawab lebih besar untuk keselamatan pengguna mereka.

Namun, di sebalik ruang yang sudah agak lama diberikan bagi membincangkan mengenai perkara tersebut, platform seperti Meta meminta lebih banyak masa untuk menangani kandungan berbahaya dan aktiviti jenayah yang semakin berleluasa dalam rangkaian mereka.

Ketika ini, tegas Fahmi, platform Meta termasuk Facebook, Instagram, dan WhatsApp didapati terus menjadi sarang kepada aktiviti penipuan dan kumpulan pemangsa walaupun beberapa perbincangan sudah dilakukan bagi menggesa mereka menangani isu tersebut.

Keputusan kerajaan menolak permintaan Meta untuk melanjutkan tempoh diperlukan bagi menangani perkara berkenaan berasaskan pendirian terhadap keperluan agar tindakan segera dan tegas dilakukan bagi mengelak bahaya lebih besar.

2629674

Fahmi berkata, platform Meta termasuk Facebook, Instagram, dan WhatsApp didapati terus menjadi sarang kepada aktiviti penipuan dan kumpulan pemangsa walaupun beberapa perbincangan sudah dilakukan bagi menggesa mereka menangani isu tersebut.

Kanak-kanak amat terdedah dalam landskap digital ini. Jangkauan media sosial yang mempunyai capaian mudah dalam kehidupan golongan tersebut berisiko terdedah kepada bahaya interaksi bersama pemangsa.

Laporan mengenai kewujudan rangkaian meluas aktiviti haram pedofilia di Facebook yang melibatkan ribuan ahli mendedahkan bahawa terdapatnya jurang besar dalam aspek pemantauan platform dan mekanisme tindak balas sedia ada.

Isu tersebut menuntut penyedia media sosial mengambil langkah lebih kukuh melindungi kanak-kanak dan orang awam dengan menyelaraskan perkhidmatan mereka menerusi piawaian etika yang mengutamakan kebajikan pengguna berbanding metrik capaian atau hasil pendapatan.

Sebagai tindak balas, kerajaan Malaysia bukan sahaja menguatkuasakan keperluan pelesenan tetapi turut menyediakan Akta Keselamatan Dalam Talian untuk memastikan perlindungan lebih menyeluruh.

Rangka kerja perundangan tersebut bertujuan untuk menyelia platform yang bertanggungjawab mewujudkan persekitaran digital selamat.

Any member of the public who is still receiving such an SMS can submit a complaint to MCMC through the website aduan.mcmc.gov.my with details about the phone number or short code as well as a screenshot of the message received. — YAP CHEE HONG/The Star

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki akaun media sosial. — Gambar hiasan

Mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, ia antara lain menggariskan keperluan yang menetapkan supaya semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia mesti mematuhi garis panduan keselamatan khusus.

Mereka yang gagal memenuhi piawaian itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 126 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pendirian Menteri Komunikasi adalah jelas iaitu keselamatan rakyat tidak lagi boleh ditangguhkan.

Dengan mengambil kira pengaruh platform media sosial dalam membentuk ruang digital yang baharu, adalah penting bahawa mereka memikul tanggungjawab selari dengan pengaruh dan capaian yang dimiliki.

Komitmen kerajaan Malaysia untuk mengawal selia platform ini adalah langkah proaktif dan perlu untuk memastikan kanak-kanak dan semua pengguna menjalankan aktiviti dalam talian dengan selamat.

Pelaksanaan pelesenan dan Akta Keselamatan Dalam Talian yang akan menekankan kepentingan mewujudkan ruang digital selamat dan bertanggungjawab terhadap rakyat Malaysia, sekali gus pengguna muda dapat melayari dunia dalam talian tanpa rasa bimbang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram