AKTA Tahanan Rumah yang akan dibentangkan di Parlimen pada 2025 bukan digubal untuk kesenangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, penggubalan Akta Tahanan Rumah adalah untuk melakukan peralihan hukuman yang berbentuk punitif kepada keadilan pemulihan.
Menurut Fahmi, projek perintis kepada akta tersebut akan melibatkan 5,000 tahanan penjara yang kebanyakannya terdiri daripada pesalah kesalahan ringan atau sedang menjalani proses rehabilitasi dalam komuniti dengan beberapa syarat ditetapkan.
"Memulangkan semula individu yang didapati bersalah kepada komuniti adalah salah satu sasaran kerajaan.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan selepas projek perintis dilaksanakan, ia menunjukkan kadar melakukan semula jenayah menurun kepada 15 peratus."
"Kajian menunjukkan yang projek ini boleh diluaskan kerana ketika ini terdapat 82,000 banduan di penjara, ia melebihi kapasiti sebanyak 74,000," ujar Fahmi.
Dalam masa yang sama, Fahmi mengatakan yang pengenalan akta tersebut dapat membantu negara memperoleh penjimatan sebanyak RM19 juta.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Akta Tahanan Rumah itu akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan dan ia berbeza dengan Akta Penjara sedia ada.
Akta tersebut masih lagi dalam proses draf yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Negara, Datuk Seri Nordin Muhamad sebagai pemegang taruh. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram