TEMPOH proses permohonan sijil halal kini berjaya dipercepatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu selama 30 hari.
Memetik laporan Buletin TV3, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, Jakim sebenarnya berjaya mempercepatkan proses sijil halal daripada beberapa bulan sehingga 30 hari.
Beliau berkata, Jakim sememangnya komited dalam menyegerakan proses tersebut bagi memastikan pihak pemohon tidak berdepan sebarang birokrasi yang panjang.
BACA LAGI: Selangor negeri pertama serah laporan SDG, selaras matlamat sejagat PBB
BACA LAGI: [VIDEO] Kereta dipandu remaja 18 tahun terbabas masuk longkang elak lori lawan arus di Pasir Gudang
Bagaimanapun, ia akan terus ditambah baik dari semasa ke semasa sekiranya terdapat peningkatan statistik permohonan dan kelulusan.
Dr Zulkifli berkata, jumlah kutipan bayaran sijil halal juga mencatatkan peningkatan positif sebanyak RM80 juta setakat 2023.
Menurutnya, jumlah tersebut merupakan perkembangan memberangsangkan selain menjadi pengukur bahawa lebih ramai pemohon khususnya premis makanan telah mula untuk mendapatkan perakuan sijil halal.
Tambahnya, hasil kutipan itu juga bakal digunakan bagi melaksanakan program kesedaran mengenai kepentingan memperoleh sijil halal dalam industri makanan dan minuman. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram