ANNIE Senabong dari Bintulu berjaya merangkul gelaran Miss Hornbill Sarawak 2024.
Kejelitaan dan personaliti Annie mengalahkan 11 peserta lain pada peringkat akhir pertandingan di Rejang Esplanade, Sibu, Sarawak.
Naib johan pertandingan tersebut dimenangi Jesslyn Kho dari Kuching manakala tempat ketiga disandang oleh peserta tuan rumah, Jolin Wong.
BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta
Pemenang menerima hadiah wang tunai masing-masing bernilai RM1,000, RM800, RM500 berserta trofi dan sijil penyertaan.
Anugerah khas turut disampaikan kepada peserta yang menyerlah dalam kategori tertentu seperti bakat terpendam, kecantikan semula jadi dan personaliti terbaik.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang hadir sebagai tetamu kehormat dalam acara itu.
Dalam ucapannya, beliau berkata, Miss Hornbill Sarawak berperanan sebagai platform penting bagi mempamerkan kecantikan dan budaya Sarawak di samping dapat memupuk perpaduan masyarakat.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram