Selangor negeri pertama serah laporan SDG, selaras matlamat sejagat PBB


  • Primer
  • Rabu, 06 Nov 2024

Amirudin (kiri) terlibat dalam menyerahkan laporan SDG yang selaras dengan matlamat PBB. — Facebook/Amirudin

KERAJAAN Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang menyerahkan laporan pembangunan mampan (SDG) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2023.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa beliau kini berada di World Urban Forum ke-12 (WUF12) di Pusat Pameran Antarabangsa Egypt, Kaherah, Mesir, Arab Saudi bersama-sama dengan delegasi kerajaan Selangor untuk merasmikan Pavilion Selangor di 'Rumah Malaysia'.

BACA LAGI: [VIDEO] Kereta dipandu remaja 18 tahun terbabas masuk longkang elak lori lawan arus di Pasir Gudang

BACA LAGI: Rancangan besarkan pelabuhan Butterworth punca kajian projek terowong antara George Town-Seberang Perai masih belum selesai

465733761_1123391585812858_8759612738616635875_n

Amirudin (tengah) bersama pihak berwajib lain dalam menjayakan SDG Malaysia. — Facebook/Amirudin

"Selain daripada melawat reruai di Pavilion Selangor yang menghimpunkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk beberapa agensi kerajaan, saya turut melancarkan Voluntary Sub-National Review (VSR) atau laporan projek matlamat pembangunan mampan (SDG) terbitan PLANMalaysia Selangor.

"Laporan ini memaparkan rancangan dalam menjayakan pembangunan mampan dan merupakan resolusi diperoleh daripada WUF yang disertai pada 2019," katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.

Ia merupakan komitmen kerajaan Selangor dalam menjayakan SDG selaras matlamat sejagat PBB. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram