JOHOR akan menjadi negeri pertama yang menawarkan gaji premium bermula RM4,000 dan RM5,000 kepada pekerja berkemahiran tinggi menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan negeri menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit dan lemak khusus di negeri tersebut.
Baginda bertitah, kerjasama itu melibatkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.
BACA LAGI: Legenda Terengganu akui bola sepak Malaysia perlukan TMJ
BACA LAGI: 'Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya', fans restu TMJ kembali terajui badan induk bola sepak negara
Bangunan Sultan Ibrahim akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum, sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.
"Kerajaan negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta (RM828 juta) ke negeri ini," titah baginda pada Selasa.
Selain itu, baginda bertitah, projek-projek baharu itu dijangka mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Johor dalam beberapa tahun akan datang.
"Untuk makluman semua, dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum, sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.
"Kedua-dua bangunan berkenaan mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19," titah baginda. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram