SEORANG lelaki dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan individu selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di kilometer 110 Jalan Ipoh Butterworth, Pulau Pinang.
Kejadian itu tular dan rakaman video mendakwa ia berpunca daripada mangsa yang menyebabkan kemalangan terbabit.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, hasil siasatan kejadian mendapati lima buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal datang dari arah Parit Buntar menghala ke Bagan Serai berhenti di lorong tengah dan kanan kerana lampu isyarat berwarna merah.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu OKU dedah video ditumbuk pengiring VIP, kecewa kes dah 2 bulan tapi tiada tindakan
BACA LAGI: [VIDEO] Padah tunggang motosikal lawan arus, lelaki hampir hilang nyawa bertembung kereta di Penampang
"Pihak polis terkesan video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan tujuh buah kenderaan di KM110, Jalan Ipoh - Butterworth pada 3 November 2024.
"Susulan itu, pihak polis berjaya mengesan mangsa dan sudah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian tersebut.
"Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa merupakan pemandu yang menyebabkan kemalangan namun tidak membuat laporan polis dipukul kerana tidak mengalami kecederaan sebaliknya hanya membuat laporan berhubung kemalangan.
"Akibat daripada kemalangan tersebut, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dan kesemua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis bersabit dengan kemalangan.
"Hasil siasatan daripada bahagian siasatan jenayah IPD Kerian, mangsa yang berumur 52 tahun telah terlibat kemalangan tersebut.
"Mangsa adalah pemandu motokar yang menyebabkan kemalangan dan dia tidak mahu membuat laporan polis berkaitan insiden dipukul oleh sekumpulan lelaki kerana tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Terdahulu media melaporkan, tular video lelaki dipukul oleh sekumpulan lelaki ekoran daripada kemalangan tersebut pada Ahad.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram