POLIS pengiring kepada orang kenamaan (VIP) yang dirakam kamera pemuka kereta (dashcam) menyerang pemandu e-hailing pekak, Ong Ing Keong akhirnya dibawa ke muka pengadilan pada Isnin.
Muhammad Taufik Ismail mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki kurang upaya di sebuah hotel pada Mei lalu.
Lelaki berusia 32 tahun itu membuat pengakuan bersalah di depan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
BACA LAGI : [VIDEO] Pemandu OKU dedah video ditumbuk pengiring VIP, kecewa kes dah 2 bulan tapi tiada tindakan
BACA LAGI : [VIDEO] Padah tunggang motosikal lawan arus, lelaki hampir hilang nyawa bertembung kereta di Penampang
Rakaman kamera papan pemuka (dashcam)memaparkan seorang pemandu e-hailing kurang upaya diserang oleh seorang anggota pengiring VIP telah didedahkan pada Rabu. pic.twitter.com/r4YUCigbRk
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) August 14, 2024
Anggota polis berpangkat lans koperal itu didakwa menyebabkan kecederaan kepada pemandu e-hailing yang pekak, Ong Ing Keong, 47, di lobi Hotel St Regis di Brickfields, Kuala Lumpur pada 11.40 pagi pada 28 Mei lalu.
Terdahulu jurucakap polis memaklumkan anggota polis itu akan didakwa di Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Pada Ogos lalu, media melaporkan satu rakaman memaparkan mangsa diserang oleh seorang anggota pengiring di sebuah lokasi di Kuala lumpur.
Badan bukan kerajaan (NGO) Lawyers for Liberty (LFL) telah menunjukkan video yang memaparkan anggota pengiring tersebut menyerang pemandu berkenaan dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan awam pada bulan Mei lalu.
Dalam klip dua minit tersebut, kelihatan mangsa, Ing Keong, 46 tahun, dilihat sedang menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis, Kuala Lumpur sebelum seorang anggota keselamatan menghampirinya dan menjerit lalu memukulnya di kepala. — The Star/ NUR BAITI HAMDAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram