Kepala terkena papan anjal, Tze Liang dikejarkan ke hospital beberapa hari sebelum hari jadi


  • Podium
  • Sabtu, 02 Nov 2024

Tze Liang mengalami kecederaan di kepala ketika menyertai Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional dekat Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

PENERJUN berpengalaman negara, Ooi Tze Liang mengalami kecederaan di kepala ketika menyertai Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional dekat Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Penerjun yang bakal berusia 31 tahun pada 19 November itu mengalami kecederaan di kepala semasa melakukan terjunan kedua di mana kepalanya terhantuk bahagian hujung papan anjal selepas melakukan lompatan ke dalam kolam.

Kecederaannya itu sekali gus menyebabkan Tze Liang tidak dapat menghabiskan pertandingan tiga meter (m) papan anjal.

BACA LAGI : [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin

BACA LAGI : Warga emas nyanyuk tak sedar anak sudah meninggal 5 hari sehingga polis datang di Tanah Merah

Pada masa sama, pasukan perubatan kemudian bergegas memberikan bantuan dan dia dihantar ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia, Andy Low berkata, mereka kini sedang menunggu maklumat terkini daripada pegawai bertanggungjawab berhubung kecederaan Tze Liang.

"Dia sedang melakukan terjunan ketika kejadian itu berlaku.

“Daripada pemerhatian kami, ketika kejadian dia dilihat tidak seimbang dan hilang kawalan sehingga menyebabkan Tze Liang terhantuk pada papan.

"Dia telah dibawa ke unit kecemasan di Hospital Columbia Asia, tetapi kami masih belum menerima sebarang maklumat terkini daripada pegawai yang bertanggungjawab di sana," katanya. — The Star/NG CHIA YIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram