PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa beberapa individu dalam kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menjalankan tugas dengan baik menyebabkan sukan tersebut tidak maju di negara ini.
Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor turut membandingkan industri bola sepak Indonesia lebih maju berbanding dalam negara.
Baginda yang mesra dengan panggilan TMJ berkata demikian di laman X miliknya ketika menjawab satu hantaran @OnefootballM yang turut menamakan beberapa kepimpinan tertinggi dalam FAM.
BACA LAGI: Follower naik mendadak, fans Kedah korek habis maklumat bakal pemilik baharu, takut kena scam
BACA LAGI: Kedah sedia terima 'pinangan' DSAT siap pakej logo baharu, rupanya sudah dirisik sekian lama
Baginda turut membidas ahli gabungan FAM yang tetap mengundi individu-individu tersebut dalam kongres pemilihan badan induk terbabit.
"Tetapi yang mengundi adalah ahli gabungan, pasukan dan persatuan juga. Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah.
"Orang yang ada dalam industri bola sepak yang tak berfungsi. No vision, commitment, knowledge and passion.
"Contoh, Ketua Umum PSSI, Erick Thohir ada duit, knowledge, international contacts, dan passion. Itu pasal bola sepak Indonesia improve dalam projek infrastruktur bola, liga dan pasukan kebangsaan mereka," ciapnya pada Sabtu.
Belum ada respons rasmi FAM termasuk Presiden badan induk itu, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berhubung kenyataan TMJ setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram