SEORANG lelaki warga emas yang sudah nyanyuk tidak menyedari anaknya sudah meninggal dunia lima hari di rumah mereka di Taman Selasih dekat Tanah Merah, Kelantan sebelum polis datang membuat pemeriksaan pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak lima hari lalu dan mayatnya sudah berbau serta berulat.
"Anggota kami menerima panggilan daripada jiran mangsa yang memberitahu mengenai bau busuk dari rumah sebelah.
BACA LAGI: [VIDEO] Keris makan tuan, lelaki Bugis hilang nyawa tertusuk senjata ketika upacara sambut pengantin
"Mangsa yang berusia 53 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah itu pada pukul 11.50 malam Jumaat oleh pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau lagi, mangsa tinggal bersama bapanya yang berusia 90-an dan sudah nyanyuk menyebabkan polis terpaksa memecahkan pintu untuk membuat pemeriksaan.
"Mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram