PEMIMPIN Hamas, Yahya Sinwar dilaporkan terbunuh dalam satu operasi kenteraan yang dilakukan oleh rejim Israel di Gaza pada Rabu.
Perkara tersebut disahkan oleh tentera Israel pada Khamis yang memaklumkan pemimpin itu terkorban di Selatan Gaza.
"Selepas selesai proses mengenal pasti mayat, boleh disahkan bahawa Yahya Sinwar telah terbunuh.
“Puluhan operasi dijalankan (tentera Israel) dan Shin Bet (perkhidmatan keselamatan domestik Israel) sepanjang tahun lalu dan dalam beberapa minggu kebelakangan ini di kawasan di mana dia terkorban bagi menyekat pergerakan operasi Yahya Sinwar dan membawa kepada kematiannya,” kata Tentera Israel.
BACA LAGI: Harry Styles buat perangai tak senonoh, minum air guna kasut masa konsert
BACA LAGI: Harry Styles rakam album ketiga senyap-senyap
Dalam pada itu, pegawai Israel memaklumkan bahawa dalam operasi yang mengorbankan Yahya tersebut, satu unit askarnya pada awalnya sedang melakukan rondaan rutin di kawasan Selatan Gaza.
Bagaimanapun, satu pertempuran kemudiannya tiba-tiba terjadi dengan Israel yang dibantu dron turut bertindak membedil dan memusnahkan sebahagian bangunan dipercayai dijadikan tempat berlindung oleh pejuang Hamas.
Tangkap layar rakaman dron yang memaparkan bangunan menjadi tempat Yahya berlindung.
Yahya kemudiannya dikenal pasti menjadi salah seorang pejuang terkorban yang berada di dalam premis tersebut.
Rakaman dron dikeluarkan tentera Israel menunjukkan Yahya bersendirian di sebuah apartmen yang diletupkan dengan sebelah tangan cedera parah dan kepala ditutup dengan selendang tradisional.
Dalam klip tersebut, beliau juga dilihat sempat membaling kayu ke arah dron yang menghampiri pada saat-saat terakhirnya.
Jurucakap tentera Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, pasukannya telah menembak ke dalam bangunan itu sebelum melakukan imbasan terhadap kawasan berkenaan.
"Kami menemukannya dengan pistol dan 40,000 syikal (RM46,109). Dia dalam sedang cuba melarikan diri dan pasukan kami membunuhnya," kata Hagari.
Selama lebih setahun, Yahya berjaya mengelak daripada dibunuh oleh tentera Israel yang telah menggunakan segala cara bagi memburunya.
Ramai pihak percaya Yahya bersembunyi di bawah tanah di Gaza dan telah mengepung dirinya dengan tebusan yang diambil dari Israel.
Bagaimanapun, pada akhirnya, pegawai Israel berkata, dia terkorban di atas darat pada Rabu, bersama dua lagi pejuang Hamas lain.
Yahya pada Ogos lalu menggantikan bekas ketua Hamas, Ismail Haniyeh, yang terbunuh di Iran pada 31 Julai. — Agensi
Tiada mana-mana tebusan dikesan berada berdekatannya.
Pihak berkuasa Israel berkata mereka telah mengesahkan kematiannya pada Khamis menggunakan rekod pergigian dan cap jari manakala ujian DNA turut digunakan bagi pengesahan.
Yahya pada Ogos menggantikan bekas ketua Hamas, Ismail Haniyeh, yang terbunuh di Iran pada 31 Julai.
Hamas masih belum mengeluarkan sebarang komen mengenai dakwaan Israel berhubung pembunuhan Yahya.
Israel telah melancarkan perang ke atas Gaza sejak Oktober tahun lalu, membunuh lebih daripada 42,000 rakyat Palestin dengan sebahagian besar daripada mereka adalah orang awam.
Peperangan itu berlaku susulan serangan dilakukan Hamas ke Selatan Israel yang mengorbankan seramai 1,139 orang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram