[VIDEO] Tak tahan kepala bertubi-tubi dibaling botol kaca, perompak Sepanyol akhirnya ambil langkah seribu


  • Benua
  • Khamis, 24 Okt 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan perompak tersebut dibaling botol kaca bertubi-tubi di sebuah kedai serbaneka di Sepanyol pada Ahad lepas.

TINDAKAN seorang lelaki yang melakukan cubaan merompak di sebuah kedai serbaneka di Sepanyol membawa padah apabila berjaya dihalang oleh pekerja kedai terbabit.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial sejak Selasa, cubaan rompakan itu berlaku pada Ahad (20 Oktober) lepas.

Dalam video sama, lelaki tersebut menceroboh masuk dengan mengacukan pisau ke arah dua pekerja itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Lima maut, 22 cedera pengganas serang kemudahan Turkish Aerospace Industries

BACA LAGI: [VIDEO] Lagi kes mengamuk pecah cermin kereta, besar kemungkinan angkara masalah ‘sambung bayar’

Dia kemudiannya dengan pantas memanjat meja kaunter dan cuba membuka peti berisi wang dengan menggunakan senjatanya.

Bagaimanapun, kedua-dua pekerja yang berada di lokasi tersebut dilihat bertindak pantas menjauhkan diri sambil mencapai beberapa botol kaca dan membalingnya ke arah lelaki itu.

Mereka membaling botol kaca itu berkali-kali ke arah kepala perompak tersebut untuk menghalaunya keluar daripada lokasi kejadian.

Tindakan pantas itu dilakukan sehingga lelaki terbabit akhirnya membuat keputusan untuk keluar dan melarikan diri.

Namun, masih tidak dapat dipastikan sama ada individu itu sempat mengambil atau tidak wang di meja kaunter kedai.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkanh pihak berkuasa Sepanyol berhubung kejadian terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram