LIMA tentera Israel terbunuh dan sekurang-kurangnya 50 lagi cedera dalam serangan sebuah trak berhampiran ibu pejabat Mossad di Tel Aviv, Israel pada Ahad.
Insiden tersebut berlaku di sebuah perhentian bas di kawasan Glilot, utara Tel Aviv yang menjadi pangkalan tentera utama unit perisikan Israel, termasuk Mossad dan Unit 8200 Kor Perisikan.
Melalui perkongsian awal media antarabangsa melaporkan, seorang lelaki Palestin, Rami Nasrallah Nator merupakan individu yang bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
BACA LAGI: Masih terbayang beg mayat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, 2 minggu Aliff bertarung emosi
Rami (kiri) merupakan seorang penduduk Qalansawe, sebuah bandar Arab di tengah Israel.
Difahamkan Rami telah menggunakan sebuah trak dan merempuh sekumpulan askar, termasuk beberapa pesara yang berkumpul di perhentian bas di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan pasukan keselamatan Israel menembak mati Rami di tempat kejadian.
Akhbar harian Israel Maariv mengenal pasti Rami sebagai seorang penduduk Qalansawe, sebuah bandar Arab di tengah Israel.
Portal The Jerusalem Post pula melaporkan Rami kononnya adalah pengganas dengan memiliki rekod jenayah serta pernah menjalani hukuman penjara namun dibebaskan selepas hakim membenarkan hukuman lebih ringan terhadapnya pada 2015.
Pergerakan Mujahidin Palestin menyifatkan serangan tersebut sebagai tindak balas neutral terhadap jenayah yang dilakukan Israel yang membunuh penduduk Palestin dan Lubnan.
Katanya, operasi berani di kawasan kritikal Tel Aviv menggambarkan kemarahan yang meningkat dan kebangkitan penduduk Palestin. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram