'Sayangi isteri anda', pusat jagaan mewah di Bangsar khusus buat ibu baru bersalin tangani kemurungan pospartum


  • Bizz
  • Isnin, 04 Nov 2024

Cheong (gambar kiri) berkata, pusat jagaannya tidak hanya menekankan mengenai penjagaan, tetapi juga kepercayaan, keselesaan dan kemewahan.

KEMURUNGAN pospartum yang berlaku terhadap ibu baru melahirkan anak bukanlah satu keadaan yang boleh diambil ringan.

Menurut kajian, sekitar 10 hingga 20 peratus wanita mengalami kemurungan pospartum selepas melahirkan anak.

Untuk rekod, simptom ini bukanlah satu keadaan yang dianggap biasa kerana ia merupakan sebuah gangguan kesihatan serius yang memerlukan perhatian dan sokongan.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Kegagalan untuk memastikan perkara tersebut bukan sahaja boleh memberi kesan kepada si ibu, malah juga kepada bayi dan keluarga.

Disebabkan itu, kewujudan pusat penjagaan selepas bersalin yang menawarkan penjagaan sokongan untuk ibu semasa tempoh pemulihan selepas bersalin dilaporkan semakin meningkat di dalam negara sejak beberapa tahun belakangan ini.

Dengan keluasan 18,000 kaki persegi, LPPC terdiri daripada bahagian empat tingkat itu menempatkan sembilan suite di setiap tingkatnya. — LPPC

Sebagai ganti daripada cara berpantang tradisional di rumah, ramai ibu kini mendaftar masuk ke pusat sedemikian untuk berehat dan melalui pemulihan dengan tempat tinggal dan makan diuruskan oleh penjaga profesional terlatih sepanjang masa.

Antara yang menyediakan perkhidmatan tersebut pusat penjagaan mewah ibu pospartum dikenali sebagai Little Precious Postnatal Care (LPPC) yang beroperasi di KL Eco City, Bangsar, Kuala Lumpur.

Dengan memiliki keluasan sebesar 18,000 kaki persegi, pusat penjagaan terdiri daripada bahagian empat tingkat itu menempatkan sembilan suite di setiap tingkatnya.

Setiap satu daripada suite terbabit dilengkapi dengan kemudahan seperti katil bersaiz king, peti sejuk mini, pembersih udara, loceng kecemasan dan bantal menyusu bayi.

Beberapa pakej suite tersebut dilengkapi dengan sesi rawatan rambut, kit permulaan susuan dan sesi pemulihan selepas bersalin.

Dalam pada itu, sepasukan jururawat, pakar pediatrik, pakar pemakanan, ahli fisioterapi, perunding laktase, kakitangan dapur dan kakitangan pengemasan turut menyediakan penjagaan 24 jam yang dirangka khusus kepada ibu dan bayi baru lahir.

399650326_950623759827867_2202240837390060152_n

LPPC turut menyediakan penjaga profesional yang terlatih. — LPPC

“Tempoh berpantang menandakan permulaan pengenalan bayi kepada dunia, sambutan perubahan wanita menjadi ibu, dan permulaan lembaran baharu untuk sebuah keluarga,” kata Cheong. “Little Precious lebih daripada sekadar pusat berpantang, kami adalah rakan kongsi dalam perjalanan keibuan sebuah keluarga.”

Pengasas LPPC, Katrine Cheong berkata, pusat jagaannya tidak hanya menekankan mengenai penjagaan, tetapi juga kepercayaan, keselesaan dan kemewahan.

Cheong yang juga seorang arkitek dan pereka dalaman yang memenangi anugerah sangat teliti dalam mencipta ruang yang memberi inspirasi kepada keselesaan dan ketenangan pelanggan.

"Saya percaya persekitaran memberi kesan ketara kepada pemulihan dan kesejahteraan secara umumnya," katanya.

LPPC lahir daripada keghairahan pengasasnya untuk penjagaan ibu, digabungkan dengan kepakaran dan pengalamannya dalam reka bentuk.

Dia juga mendapat inspirasi daripada pekerjaan pertamanya – di kedai perubatan tradisional Cina (TCM) milik bapanya.

"Pendedahan ini memperdalam penghargaan saya untuk kesihatan dan kesejahteraan, membuatkan saya ingin mencipta ruang yang menggalakkan penyembuhan melalui amalan holistik

"Saya sendiri sebagai ibu yang pernah melahirkan anak merasai sendiri situasi yang dihadapi selepas bersalin dan mengetahui banyaknya perincian dan keperluan yang mereka perlukan.

"Apa yang membezakan kami adalah perkhidmatan ditawarkan adalah berorientasikan keperluan pelanggan," ujarnya.

Menerusi penubuhan LPPC, Cheong berusaha untuk menyediakan pusat jagaan selepas bersalin yang menekankan penjagaan bersepadu untuk kesejahteraan fizikal dan emosi ibu - sesuatu yang dirasakan masih belum wujud di dalam negara.

"Banyak kemudahan penjagaan berpantang dan profesional cenderung untuk memberi tumpuan kepada sama ada penjagaan perubatan atau keselesaan, tetapi sangat sedikit yang menawarkan pendekatan holistik menangani kedua-dua aspek," jelasnya yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata

Dengan misi untuk memenuhi kekurangan itu, LPPC dibuka pada 2020 bagi memberikan ibu pengalaman penjagaan selepas bersalin komprehensif dengan mereka menerima sokongan perubatan profesional sambil turut dirawat dengan persekitaran mewah dan menyegarkan.

Di samping suasana mewah dan penjagaan selepas bersalin profesional, LPPC turut berbangga dengan penyediaan menu masakan bernutrisi yang dirancang dengan teliti oleh pakar pemakanan bertauliah dan cef khusus.

Shan-Tung

Menerusi penubuhan LPPC, Cheong berusaha untuk menyediakan pusat jagaan selepas bersalin yang menekankan penjagaan bersepadu untuk kesejahteraan fizikal dan emosi ibu. — LPPC

Dengan hidangan yang didatangkan segar dari dapur pusat, makanan disediakan menggabungkan resipi berpantang tradisional dengan sains pemakanan moden untuk membantu memulihkan kecergasan fizikal dan mental.

"Saya mahu memastikan ibu menikmati makanan lazat dan berkhasiat, sekali gus memadamkan stereotaip yang makanan berpantang adalah hambar atau tidak menyelerakan," tambah Cheong.

Penyediaan teh herba dan sup tonik juga disesuaikan untuk setiap ibu berdasarkan keperluan individu.

“Penjagaan yang disesuaikan dan sokongan berdedikasi daripada profesional terlatih semakin penting kepada ibu. Mereka mahu merasakan bahawa keperluan unik mereka difahami dan ditangani, " katanya.

Selain itu, aspek keselamatan merupakan satu lagi perkara yang diutamakan selain penjagaan ketat kebersihan di premis.

Rangkaian perkhidmatan yang tersedia di LPPC termasuk fisioterapi, penjagaan luka, kaunseling, aktiviti ibu bapa-bayi dan terapi seni serta bunyi.

LPPC juga melabur dalam teknologi baharu untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan, menyepadukan rawatan seperti kerusi Emsella canggih, yang secara tidak langsung membantu menguatkan dasar pelvis yang lemah selepas bersalin.

"Ibu baru bersalin mencari pusat yang menawarkan bukan sahaja sokongan perubatan tetapi juga bimbingan pemakanan, kesejahteraan emosi dan peluang untuk penglibatan masyarakat," kata Cheong.

Dalam tempoh empat tahun sejak penubuhannya, LPPC berkhidmat kepada lebih 1,000 ibu dalam perjalanan selepas bersalin mereka.

Cheong mendedahkan bahawa perniagaannya menyaksikan peningkatan enam peratus dari 2022 hingga 2023, dengan unjuran pertumbuhan 17 peratus hingga 18 peratus dari 2023 hingga 2024. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram