Mahu nikmati hidup lebih santai, Chef Wan sudah jumpa penyambung legasi


  • Bizz
  • Selasa, 29 Okt 2024

Perjalanan kariernya turut menampilkan versatiliti dimilikinya dengan beliau turut mencatat nama selaku penulis buku, cef, pengacara dan pengusaha restoran.

DALAM industri kulinari tempatan, jenama Chef Wan bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan.

Mempunyai minat dalam dunia masakan sejak kecil, Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail adalah seorang pakar masakan yang membina nama ke peringkat antarabangsa dan dikenali dengan prinsipnya memperkenalkan menu masakan tempatan ke mata dunia.

Kejayaannya juga tercermin apabila rantaian restoran De. Wan 1958 by Chef Wan dinobatkan sebagai penerima anugerah Michelin Bib Gourmand bagi 2023/2024.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 jut

Dalam pada itu, perjalanan kariernya turut menampilkan versatiliti dimilikinya dengan beliau turut mencatat nama selaku penulis buku, cef, pengacara dan pengusaha restoran.

Malah, adalah tidak kekok sekiranya untuk mengangkat namanya sebagai individu yang bertanggungjawab menghidupkan fenomena kerjaya cef selebriti dalam dunia kulinari tempatan.

Kini selepas berdekad-dekad berjuang dalam dunia kulinari, Chef Wan kini sudah bersedia menikmati kehidupan luar daripada dunia dapur masakan.

Chef Wan's home in Cyberjaya is featured in the Home and Garden pullout in April.  ( FEB 25 2023) — ART CHEN/The Star

Chef Wan berkata, beliau kini mahu untuk menjalani hidup dengan lebih santai.

Meskipun tidak mengumumkan keputusan untuk bersara, anak sulung daripada tujuh beradik ini menyatakan hasratnya bagi menjalani hidup lebih santai.

Beliau memberitahu bahawa dirinya kini mahu lebih menumpukan tentang soal penjagaan diri selepas didiagnosis penghidap kanser limfoma sekitar April tahun lalu.

Di sebalik perubahan tersebut, ia bukan bermaksud beliau terus meninggalkan jenama perniagaan dibangunkannya sejak berdekad lalu.

Ini kerana beliau ketika ini sudah pun menyediakan legasi penerusnya yang akan dipikul oleh tidak lain dan bukan iaitu anak sulungnya, Mohd Nazri Redzuawan, 42, atau lebih dikenali sebagai Chef Riz.

"Bakat anak lelaki saya dicungkil pada usia 12 tahun. Dia gemar memberi cadangan dalam memperbaiki menu disediakan saya dan sangat berdisiplin.

"Sisi lain ada padanya adalah kreativiti. Namun, saya mahukan lebih daripada itu kerana memasak bukan sekadar persembahan makanan," katanya yang juga anak kelahiran Singapura.

Hari ini, Chef Riz dilihat sudah bersedia memegang posisi sebagai Group Executive Sous Chef De. Wan 1958 by Chef Wan dan Cafe Chef Wan sekitar 2023.

Tidak manja

Chef Mohd Nadzri Datuk Redzuawan or better known as Chef Riz, the son of legendary Malaysian celebrity chef, television host Datuk Chef Wan will continue his father's legacy.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Bakat memasak Chef Riz dicungkil sejak berumur 12 tahun.

Ujarnya, pendedahan awal kepada syarikat itu juga membolehkan anaknya itu bersedia meneruskan legasinya.

"Kesungguhan Chef Riz mencari ilmu dan kerja keras melayakkan dirinya menggalas tanggungjawab dan keputusan atas pihak pengurusan syarikat.

"Peranan anak saya lebih pada memberi bimbingan dan latihan pekerja serta membangunkan resipi baharu serta memantau kualiti menu diketengahkan.

"Dengan jawatan diberikan, Chef Riz masih dilayan seperti kakitangan lain dan tidak dimanja kerana saya mahu dia belajar dari bawah," ujarnya yang turut mengusahakan restoran dan kafe itu bersama rakan pengurusan, Andre Shum.

Masih berminat untuk berkongsi rasa air tangannya kepada pelbagai lapisan masyarakat, beliau dalam perancangan untuk menerapkan konsep kafe ekspres di lapangan terbang dan pasar raya.

Konsep kafe ekspres itu khusus buat mereka yang mengejar masa untuk menikmati menu tempatan secara ringkas.

Jadi pembimbing

Antara menu dicadangkan dijual di kafe ekspres berkenaan antaranya sate, soto, mi rebus Cik Ani dan lain-lain. Pada masa sama, Chef Wan juga merancang membuka reruai untuk golongan B40 dengan menawarkan enam menu ringkas.

Apa yang menarik, beliau mahu mengetengahkan konsep mesra alam iaitu pelanggan membawa bekas sendiri.

Ditanya tentang perasaan bakal meninggalkan legasi pada anak lelakinya, Chef Wan memberitahu, seperti bapa lain ia adalah satu kebanggaan.

"Tidak semua orang dapat mengelilingi dunia untuk mempelajari seni dan budaya masakan. Secara tidak langsung, saya juga dapat memperkenalkan keunikan masakan Malaysia di mata dunia," katanya.

Chef Mohd Nadzri Datuk Redzuawan or better known as Chef Riz, the son of legendary Malaysian celebrity chef, television host Datuk Chef Wan will continue his father's legacy.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Chef Riz kini memegang posisi sebagai Group Executive Sous Chef De. Wan 1958 by Chef Wan dan Cafe Chef Wan.

Menurut Chef Wan, peluang itu memberi ruang kepada anaknya, menjadi pembimbing kepada mereka yang berminat dalam bidang masakan.

"Apa yang lebih penting, saya mahu meninggalkan ilmu dan pengalaman untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang." katanya yang turut memiliki 13 ekor kucing peliharaan.

Mengulas tentang perkembangan kesihatan dirinya, Chef Wan mengakui peringkat awal kemoterapi memberikan kesan terhadap fizikalnya yang mula sedikit lemah.

Namun, beliau berkata, sesiapa sahaja menjalani rawatan kanser akan merasai perkara sama.

Beliau bagaimanapun tidak memandang penyakit sebagai penghalang kehidupan.

"Apabila didiagnos, saya positif menerima berita disampaikan doktor dan lebih memikirkan cara terbaik untuk memulihkan diri. Saya juga Saya juga ubah pola kehidupan dan diet harian.

"Sepanjang menjalani rawatan, saya juga berkongsi pelbagai menu di hospital dan ia memberikan kepuasan dan kegembiraan untuk saya," щагnya.

Meskipun kesihatan diuji, Chef Wan tetap bersemangat untuk mempelajari dan mendalami cara masakan masyarakat Pakistan. Beliau kini dalam perancangan ke Karachi dan bereksperimen dengan resipi.

Khazanah

Bak kata pepatah Melayu, bapa borek anak rintik. Memiliki bakat memasak, Chef Riz bersedia memikul legasi bapanya. Akui cef itu, sudah tiba masa untuk beliau bekerjasama membantu meningkatkan kualiti pencapaian syarikat.

Chef Riz mengakui memandang tinggi terhadap ilmu masakan dimiliki bapa dan melabelkan Chef Wan ibarat khazanah Asia.

Jelas beliau, kagum dengan kesungguhan dan kesanggupan bapa untuk mengeluarkan modal sendiri mengelilingi dunia dan meredah ceruk kampung semata-mata mempelajari resipi masakan pelbagai negara.

Renowned celebrity chef Datuk Redzuawan Ismail, better known as Chef Wa during the “All for Wan and Wan For All Against Cancer Pink October Charity Hi-Tea Event” in Bangsar, Kuala Lumpur.— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

Chef Wan didiagnosis penghidap kanser limfoma sekitar April tahun lalu.

Malah, Chef Wan juga banyak menghabiskan masa untuk menelaah buku masakan cef hebat lain untuk memastikan buku resipi ditulis itu mencapai standard dan bermanfaat untuk semua.

"Jadi, apa yang dilakukan oleh papa (Chef Wan) seharusnya dihargai dan saya terasa diri sangat beruntung.

"Papa sering berikan terbaik jadi mahukan perkara sama daripada saya. Sehingga hari ini, sukar untuk memuaskan hatinya.

"Namun, saya sudah biasa kerana menyedari mampu memberikan lebih dan yakin dengan bakat memasak dimiliki," jelasnya turut menggemari menu masakan asli.

Walaupun pernah dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan dilabel sebagai anak bapa, Chef Riz tidak melihat perkara itu menggugat keyakinan dirinya.

"Jika ingin berjaya, seseorang itu perlu melalui kegagalan untuk bangkit dan berjuang. Saya melabelkan diri sebagai pejuang yang sentiasa mahukan kejayaan.

"Peluang dan landasan sudah tersedia oleh bapa, jadi ini adalah kelebihan boleh dimanfaatkan untuk semua," katanya yang mahu memperkukuhkan lagi jenama Chef Wan ke mata dunia.

Chef Riz yang juga mengidolakan cef selebriti, Gordon Ramsay dan turut bekerja rapat bersama Chef Eksekutif, Chef Zabidi dan Chef Ariff untuk menyediakan menu berkualiti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram