Sanggup berhabis wang simpanan 30 tahun, Tan Jackson kekalkan operasi restoran Baba Nyonya meskipun anak nekad ke luar negara


  • Berita
  • Ahad, 20 Okt 2024

Sebelum membuka Baba Ho Liao, Jackson bertugas sebagai pengurus kilang selama puluhan tahun.

SELAMA bertahun-tahun, Jackson Tan bekerja sebagai pengurus kilang.

Apabila dia mencapai usia lima puluhan, dia memutuskan untuk menjual kesemua sahamnya dalam syarikat itu dan berehat daripada bekerja.

Bagaimanapun, tempoh itu hanya bertahan selama beberapa tahun.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 jut

Jackson kemudiannya menemui idea membuka sebuah restoran pada 2017 di Desa ParkCity, Kuala Lumpur menerusi kerjasama dengan kedai makan terkenal khusus hidangan Nyonya berpangkalan di Melaka yang dikenali sebagai Restoran Aunty Lee.

Pada mulanya, dia yang kini sudah berusia 64 tahun merancang agar restoran itu diusahakan oleh anak lelakinya.

Namun, pelan itu tidak berjalan seperti dirancang selepas anaknya memutuskan untuk berpindah ke luar negara apabila mendapat tawaran pekerjaan.

Pada masa sama, operasi di restoran turut terjejas teruk susulan daripada pandemik Covid-19.

“Restoran itu tidak berjalan dengan baik kerana pelaburan kewangan yang banyak untuk pengubahsuaian, ditambah dengan sewa yang sangat tinggi.

"Dan yang paling teruk adalah apabila Covid-19 melanda dengan tuan kedai mahu menaikkan sewa! Ketika itulah saya memutuskan untuk menghentikan operasi dan pulang ke Melaka buat seketika,” kata Jackson.

272976737_113472457908704_2490499638040711201_n

Lokasi restoran Baba Ho Liao yang terletak di TTDI. — Facebook

Pada September 2020, ejen hartanah Jackson menemui sebuah lot kosong di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Ia seterusnya membawa kepada pembukaan restoran baharunya yang dikenali sebagai Baba Ho Liao.

Restoran itu tidak lagi beroperasi dengan kerjasama Aunty Lee tetapi masih menampilkan banyak resipi asli Baba Nyonya gaya Melaka.

Malah penyediaan hidangan ditawarkan juga dicipta Jackson secara keseluruhan bermula pes hingga sos.

Banyak bahan termasuk gula melaka dan asam keping diperoleh terus dari Melaka oleh Jackson yang hanya menutup restorannya sehari sebulan untuk pulang ke kampung halaman bagi mengisi kembali bekalan dapur.

Food review at Baba Ho Liao. pictures of food, owner and interior.  (MAC 4 2024) — ART CHEN/The Star

Antara hidangan baba nyonya yang disediakan di Baba Ho Liao.

Beliau berkata, pada waktu ini, seluruh perancangan masa depannya kini adalah bersama restoran itu.

Ini kerana Jackson berkata, beliau menggunakan wang simpanannya selama 30 tahun untuk melabur ke dalam kedai makan itu.

Malah, beliau juga menjual rumahnya untuk mengekalkan perniagaannya.

“Saya telah menggunakan semua simpanan saya daripada bekerja selama lebih 30 tahun, jadi saya tidak mempunyai pilihan selain meneruskan dan melihat sama ada saya boleh mendapatkan semula wang untuk tahun-tahun kemudian saya. Agak menyedihkan, tapi ia memang benar-benar berlaku, "katanya.

Di sebalik cabaran tersebut, Jackson kekal positif untuk bergerak ke hadapan dengan memberikan sepenuhnya komitmen terhadap perniagaan makanan tersebut.

Food review at Baba Ho Liao. pictures of food, owner and interior.  (MAC 4 2024) — ART CHEN/The Star

Menu sago gula Melaka yang dihidangkan di Baba Ho Liao.

Pada masa sama, dia juga membuat keputusan menurunkan harga hidangan memandangkan kadar sewaan di TTDI yang jauh lebih rendah berbanding di Desa ParkCity.

Hidangan makanan disediakan di Baba Ho Liao adalah sepenuhnya halal dengan mereka tidak menggunakan sebarang alkohol dalam masakan.

Jackson turut memaklumkan bahawa restorannya mendapatkan sumber daging ayam daripada pembekal halal.

Antara hidangan Baba Nyonya disediakan adalah pastri pie tee, ikan lemak nenas, bendi ulam, telur dadar cincalok dan sagu gula Melaka.

Bergerak ke hadapan, Jackson berkata, beliau berharap agar perniagaan makanannya akan bertambah baik dengan sekali gus membolehkannya mengembangkan makanan asli Baba Nyonya ala Melaka ke seluruh Lembah Klang supaya lebih ramai orang dapat menikmatinya. — The Star/ABIRAMI DURAI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram