Mahu pertahan warisan negeri, busana hasil tukang jahit Negeri Sembilan jadi pilihan YB


  • Bizz
  • Isnin, 28 Okt 2024

Antara koleksi busana tradisi yang dimiliki Lee Koon.

BAGI yang mengenali Nicole Tan Lee Koon, busana kebaya bukanlah sesuatu yang asing bagi figura yang sentiasa dekat dengan masyarakat ini.

Ini kerana, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan dilihat cukup sinonim mengenakan baju kebaya dan baju kurung.

Kebiasaannya, penampilan anggunnya dalam busana tersebut dengan memilih warna dan corak klasik terutamanya ketika menghadiri acara rasmi.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Hanya sedia perkhidmatan SMS, syarikat anak Malaysia di Jepun dijual pada nilai cecah lebih RM8 juta

Oleh itu, bukan sesuatu yang pelik sekiranya Lee Koon dianggap sebagai 'duta' pakaian tradisional Melayu khususnya busana warisan Negeri Sembilan.

Malahan beliau juga pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai minat mendalam terhadap busana pakaian tradisional Melayu dan ia menjadi sebahagian daripada identitinya.

Dalam pada itu, Lee Koon pernah tular selepas menarik perhatian umum ketika dirakam menggayakan Kebaya Setengah Tiang di acara rasmi negeri sehingga ada dalam kalangan warganet menyatakan minat terhadap pakaian yang diperagakannya.

462362769_1071718730985068_7450488872501843986_n

Lee Koon (dua dari kanan) mempunyai minat mendalam terhadap pakaian tradisi khususnya kebudayaan Negeri Sembilan. — Nicole Tan Lee Koon

“Malah dalam kalangan keluarga, saya jarang memakai cheongsam, walaupun ia pakaian tradisional Cina.

“Saya sering mengatakan bahawa Kebaya Setengah Tiang (pakaian tradisional Negeri Sembilan) adalah pakaian Malaysia yang boleh dipakai oleh semua kaum.

“Saya mempunyai banyak baju kurung dan baju kebaya dalam almari pakaian, dan saya lebih selesa dengan pakaian itu.

"Saya juga mempunyai tiga tukang jahit peribadi yang tahu ukuran dan pilihan saya," katanya.

Merupakan anak jati Seremban, Lee Koon berkata, beliau turut memasukkan elemen budaya lain dalam rekaan pakaiannya untuk mewakili ciri-ciri masyarakat berbilang budaya Malaysia.

“Sebagai contoh, Kebaya Setengah Tiang atau baju kurung saya mungkin disesuaikan dengan fabrik sari atau menggunakan warna merah atau kuning bersama butang cheongsam untuk mencerminkan warisan Cina saya,” katanya yang turut memiliki puluhan pakaian tradisional.

461392840_18455521063026482_4366424313843473699_n

Lee Koon mengenakan baju kurung ketika menghadiri acara rasmi. — Nicole Tan Lee Koon

Lee Koon berkata, memakai pakaian tradisional Melayu khususnya warisan Negeri Sembilan juga merupakan sebahagian daripada mempromosikan identiti budaya negeri kelahirannya yang mengamalkan adat Perpatih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang itu percaya pemimpin mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan teladan dalam mempertahankan identiti dan warisan negeri, selain membantu mempromosi identiti Malaysia di persada global.

“Saya mahu memupuk identiti ini. Tidak cukup dengan hanya bercakap tentang kepentingannya, malahan ia perlu dipakai dan dipamerkan.

“Biar orang tanya apa yang kita pakai dan kita boleh beritahu mereka: ‘Ini Kebaya Setengah Tiang, ini bunga lado’, kedua-duanya mempunyai kaitan dengan Negeri Sembilan,” katanya.

Tukang jahit, Nancy Chew See Khon, 60, berkata dia telah menjahit pakaian untuk Lee Koon sejak lapan lalu iaitu ketika pemimpin itu masih belum bergelar wakil rakyat.

“Saya sudah lama mengenali Lee Koon, jadi saya tahu apa yang dia suka, reka bentuk dan ukurannya. Jika dia berkata dia memerlukan sesuatu dengan cepat, saya sedaya upaya untuk menyelesaikannya dengan cepat.

“Pelanggan Cina lain meminta saya membuat baju kurung untuk mereka juga. Saya tidak merujuk kepada mana-mana gaya fesyen tertentu, saya membuatnya berdasarkan pengalaman,” kata See Khon.

462680484_18458769652026482_6586041833578411999_n

Lee Koon ketika menghadiri pertemuan rasmi. — Nicole Tan Lee Koon

Tukang jahit veteran yang berpengalaman lebih 40 tahun itu berkata, pemimpin negeri lain juga pernah membuat tempahan busana tradisional dengannya.

Pengerusi Persatuan Peminat Pakaian Tradisional Negeri Sembilan, Alias ​​Zakaria berkata, Lee Koon merupakan salah seorang wakil rakyat yang sering memperaga pakaian yang mencerminkan identiti Malaysia, sekali gus menggalakkan orang lain memakainya juga.

“Malah Lee Koon turut mendapatkan nasihat saya mengenai Kebaya Setengah Tiang.

“Dia sentiasa memakai kebaya, sama ada moden atau berpesak (tradisional) di majlis rasmi dan dia mempunyai koleksi yang banyak. Kakitangannya pun turut sama memakai baju kurung.

“Sungguh mengagumkan apabila kakitangan mencontohi pemakaiannya, kerana ia memberikan pengaruh positif. Ini seterusnya memberi kesan kepada masyarakat.

“Orang ramai khususnya generasi muda akan semakin meminati pakaian tradisional dan pada masa yang sama, kita boleh memelihara pakaian warisan ini," kata Alias. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram