SEORANG wanita warga emas yang juga ahli Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin atas pertuduhan memiliki sebanyak 38 penerbitan berkaitan Al-Aqram.
Aishah Bula Tajudin, 60, didakwa memiliki penerbitan yang bertajuk Darul Arqam 25 Tahun Perjuangan Abuya Syeikh Imarn Ashaari Muhammad At-Tamimi, Khutbah Aidilfitri 1413 Hijrah, Siri Terkini Era Kasih Sayang, Abuya Pemimpin Kasih Sayang, Abuya Ashaari Muhammad Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Sungai Penchala, Brickfields, Kuala Lumpur pada 21 September lalu.
BACA LAGI: Bimbang masa depan kanak-kanak GISBH, Sultan Selangor titah proses pemulihan tak dilengah-lengahkan
BACA LAGI: Sembah maklum keputusan fatwa GISBH kepada Sultan Selangor pada Khamis
Tertuduh juga merupakan ahli GISBH. — Gambar hiasan
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin ke atas tertuduh kerana pengharaman 38 penerbitan dan memilikinya sudah diumumkan oleh media massa termasuk dalam akhbar dan televisyen.
"Sepanjang tiga dekad larangan itu, masih ada individu yang menyembunyikan dan memiliki barang tersebut," katanya.
Peguam Boestamam Ahmad yang mewakili Aishah juga memohon agar kadar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak bekerja dan suaminya diserang penyakit angin ahmar.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan kemudiannya membenarkan wanita itu diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan turut memerintahkan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Farah Nabihah juga menetapkan 4 Disember nanti sebagai tarikh untuk sebutan semula kes. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram