CEO, isteri, anak 'Abuya' dan 19 individu didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang


CEO GISBH antara yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu di Mahkamah Sesyen Selayang pada Rabu.

KETUA Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof dan anak kepada pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, Adib At-Tamimi adalah antara 22 yang didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Kesemua tertuduh itu didakwa pada Rabu mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Nasiruddin bersama yang lain memahami pertuduhan yang buat ke atas mereka dan perbicaraan tersebut dijadualkan dan ditetapkan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada 23 Disember untuk tarikh sebutan kes.

BACA LAGI: Selangor fatwa GISB sesat, MAIS rangka pelan tindakan pemulihan pengikut

BACA LAGI: [VIDEO] Penjaga rumah amal GISB tak mengaku salah rotan kanak-kanak

Selain daripada tiga individu yang dinyatakan, 19 individu terlibat ialah 13 lelaki dan sembilan wanita yang kesemuanya berumur antara 27 dan 72 tahun.

Dalam prosiding itu, peguam GISB, Rosli Kamaruddin memohon Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Haron memberi masa 10 minit kepada Nasiruddin dan tiga anggota lain untuk menandatangani afidavit yang dibenarkan.

Beliau turut meminta mendapatkan bantuan perubatan terhadap seorang ahli wanita yang didakwa kerana dia berasa sakit .

Hakim Lailatul Zuraida membenarkan mereka yang kurang sihat untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Selain Rosli, peguam lain yang mewakili 22 mereka ialah Zaim Rosli, Dorina Abdullah, Boestamam Ahmad dan M. Hafiz Zainal Abidin.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Datuk Razali Che Ani, Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail dan Siti Hajar Mat Radzi.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan.

"Anak kepada pengasas Al-Arqam itu juga akan didakwa atas kesalahan yang sama. Semua individu terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pagi esok (Rabu)," katanya.

Pada 10 Oktober lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemimpin tertinggi GISBH tersebut adalah antara 58 individu yang ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau berkata, sejak pelancaran Op Global pada September, pihak berkuasa telah menahan 415 individu dan menyelamatkan 625 mangsa berusia antara dua bulan hingga 28 tahun.

Daripada 415 individu yang ditahan, 273 telah dibenarkan diikat jamin, 37 dibebaskan tanpa syarat, 35 kekal dalam tahanan dan dua telah diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah manakala seorang telah dipindahkan ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram