30 peratus kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global babit GISB alami kecelaruan kognitif — Nancy Shukri


  • Primer
  • Selasa, 15 Okt 2024

Hampir 30 peratus daripada 385 kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas yang diselamatkan dalam Op Global mengalami masalah kecelaruan kognitif.

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, mendedahkan bahawa hampir 30 peratus daripada 385 kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas yang diselamatkan dalam Op Global, yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) sejak September lalu, mengalami masalah kecelaruan kognitif.

Nancy menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, 7.70 peratus didapati mengalami kecelaruan kognitif teruk, manakala 20.26 peratus menunjukkan kecelaruan kognitif sederhana. Selebihnya tidak menghadapi masalah tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa 56.3 peratus daripada keseluruhan 558 individu yang diselamatkan mengaku pernah bersekolah, sama ada di sekolah kebangsaan, aliran agama kerajaan, pusat pengajian yang dikendalikan GISB, atau di tempat tinggal mereka.

WhatsApp Image 2024-10-15 at 16.55.16

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Selain itu, sebanyak 94.3 peratus daripada mereka mengaku masih mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung, manakala 5.7 peratus lagi tidak mempunyai maklumat mengenai ibu bapa mereka.

"Seramai 51.6 peratus kanak-kanak ini mencatatkan berat badan di bawah paras BMI sihat, manakala 2.7 peratus lagi dalam kategori obesiti, dan 46.1 peratus berada dalam berat badan normal.

"Tiga daripada mereka memiliki Kad Orang Kurang Upaya (OKU), sementara 27 kanak-kanak lagi menunjukkan simptom-simptom OKU," katanya ketika sesi Penerangan Menteri berkenaan Isu Kebajikan Kanak-Kanak yang diselamatkan dalam Op Global melibatkan GISBH di Dewan Rakyat pada Selasa. — The Star/KHOO GEK SAN/MARTIN CARVALHO/JUNAID IBRAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram