Siasatan terhadap GISB berdasarkan fakta, Ketua Polis Negara bidas kenyataan Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami


  • 112
  • Selasa, 15 Okt 2024

Razarudin menegaskan bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bukanlah dilakukan secara membabi buta, sebaliknya berdasarkan fakta dan penemuan yang ada.

SIASATAN yang dijalankan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah berdasarkan laporan dan maklumat diterima serta hasil risikan dijalankan pihak polis, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

"Pengabaian, eksploitasi, dan penderaan kanak-kanak adalah antara kesalahan yang disyaki dikesan dalam Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) sepanjang Op Global," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas kenyataan oleh kumpulan ibu bapa, Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK) sambil menjelaskan siasatan pihaknya akan dijalankan dengan berhati-hati dalam memastikan ia telus dan menyeluruh.

BACA LAGI: [VIDEO] Tanah runtuh Taman Melawati kini diklasifikasikan berisiko tinggi, 300 penduduk diarah segera berpindah

BACA LAGI: 30 peratus kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global babit GISB alami kecelaruan kognitif — Nancy Shukri

Bukti

Puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu selepas polis melakukan serbuan di kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Kelantan.

Razarudin menegaskan bahawa setiap tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa bukanlah dilakukan secara membabi buta, sebaliknya berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh.

Katanya lagi, kesalahan-kesalahan tersebut didakwa dilakukan untuk menyokong matlamat GISB sebagai sebuah organisasi.

"Siasatan kami dijalankan berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima sebelum pengumpulan risikan lanjut dilakukan," katanya.

Jurucakap GPAAK, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, mendakwa seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mengatakan tiada kes yang melibatkan kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram