ANAK kepada bekas pemimpin al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu, Ummu Atiyah mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).
Katanya, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.
"Ketika itu, saya menolak... saya memang tidak mahu berkahwin dengannya kerana dia tua dan boroi, memang saya geli.
BACA LAGI : Selangor fatwa GISB sesat, MAIS rangka pelan tindakan pemulihan pengikut
BACA LAGI : [VIDEO] Penjaga rumah amal GISB tak mengaku salah rotan kanak-kanak
"Selepas saya dapat mesej dari aplikasi WhatsApp itu, saya lari ke rumah kawan saya di Jordan... kemudian dia (lelaki berkenaan) dan pengikutnya datang dan mahu saya serahkan diri. Mereka buat kecoh sampai jam 1 hingga 2 pagi," katanya pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 11 September lalu.
Polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 11 September lalu.
Hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.
Susulan kes itu, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.
Melalui maklumat serta siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Bercerita lanjut, Ummu Atiyah berkata, dia terpaksa menyerah diri dan diminta bersalam dengan lelaki berkenaan sebagai tanda setuju berkahwin.
Namun, Ummu Atiyah mendakwa menolak untuk melakukan perbuatan tersebut.
Katanya, apabila dia bertindak demikian, Ummu Atiyah dipisahkan dengan anaknya dan dilarikan ke Turki serta didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah dirogol.
"Saya pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam. Ketika itu adik lelaki saya yang merupakan pengikut pemimpin itu, meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.
"Kerana saya takut kalau mati sebab direndam lebih sejam, saya tercungap sebab air dah banyak saya telan, sakit dada... saya terpaksa kata ya," jelasnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram