'Maaf, saya tak setuju,' MP Rasah bimbang langkah tarik subsidi pendidikan T15 jejas kesihatan mental, psikologi pelajar


  • Primer
  • Isnin, 28 Okt 2024

Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan semula cadangan mengurangkan subsidi pendidikan untuk pelajar golongan T15. — Gambar hiasan/Kolej Tingkatan 6 Bandar Utama

AHLI Parlimen Rasah, Negeri Sembilan, Cha Kee Chin menggesa agar cadangan pengurangan subsidi yang disasarkan kepada pelajar universiti daripada keluarga T15 dipertimbangkan semula.

Kee Chin berkata, menarik kembali subsidi pendidikan daripada golongan itu akan mewujudkan ketidaksamaan dan jurang daripada segi peluang dalam kalangan pelajar universiti.

Beliau juga menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula cadangan tersebut kerana ia dapat menjejaskan kesihatan mental dan psikologi pelajar.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Pengurangan subsidi pendidikan di SBP, IPTA golongan kaya boleh beri manfaat kepada semua pelajar

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan buat 5.2 juta murid tak kira pendapatan ibu bapa

81134291_854231751688281_1041055585279148032_n

Kee Chin menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan tersebut dan melayan kesemua pelajar dengan adil.

Katanya, pelajar yang mengikuti institusi pendidikan adalah kanak-kanak dan tidak sepatutnya terdapat perbezaan layanan untuk mereka.

"Kita tidak sepatutnya melayan mereka secara berbeza kerana mereka masuk universiti berdasarkan pencapaian mereka.

"Kejayaan mereka harus diraikan. Kita tidak mahu sesetengah pelajar membayar lebih atau kurang daripada yang lain, ini tidak adil.

"Maaf, saya tidak bersetuju dengan cadangan ini," katanya ketika membahas tentang pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berpendapatan T15 yang mendaftar di sekolah asrama penuh (SBP) dan institusi pengajian tinggi awam tidak akan dapat menikmati subsidi secara berperingkat.

Kee Chin bagaimanapun bersetuju dengan penyasaran subsidi untuk bahan api RON95 dengan syarat kerajaan perlu mempertimbangkan semula golongan sasaran.

"Saya mengalu-alukan cadangan itu, tetapi kumpulan T15 mungkin terjejas, Sbaiknya pertimbangkan semula dengan menyasarkan golongan ‘maha kaya’ dalam 0.5 peratus atau 1 peratus yang berpendapatan tinggi teratas.

"Kita melihat kejayaan rasionalisasi subsidi diesel dan kita akui ia telah menjimatkan banyak wang negara," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram