Belanjawan 2025: Pengurangan subsidi pendidikan di SBP, IPTA golongan kaya boleh beri manfaat kepada semua pelajar


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Kerajaan akan menyasarkan subsidi di SPB dan IPTA bagi membantu golongan B40 dan M40. — Gambar hiasan

KERAJAAN akan melaksanakan pengurangan subsidi pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Institut Pengajian Awam (IPTA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran subsidi juga akan dilakukan dengan menaikkan kadar yuran bagi golongan pendapatan 15 peratus teratas untuk membantu pelajar B40 dan M40.

Katanya, subsidi itu diberikan tanpa mengambil kira pendapatan keluarga.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan buat 5.2 juta murid tak kira pendapatan ibu bapa

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM600 juta buat Nadma hadapi musibah banjir

2710826

SBP antara yang termasuk dalam pengurangan subsidi. — Gambar hiasan

"Seandainya subsidi pendidikan dikurangkan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana SBP dan IPTA tersebut untuk manfaat semua pelajar.

"Begitu juga di peringkat pendidikan tinggi, umpamanya purata yuran pengajian setahun yang dibayar oleh penuntut sarjana muda farmasi ialah RM3,000 ketimbang kos keseluruhan pengajian berjumlah RM30,000," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, matlamat asal penubuhan SBP adalah untuk membantu murid cemerlang dan daripada keluarga susah serta pedalaman 23 mendapatkan pendidikan terbaik.

Menurutnya, subsidi bagi seorang murid SBP juga mencecah RM15,000 setahun.

Namun, berdasarkan angka terkini, didapati 30 peratus murid daripada keluarga berpendapatan tinggi.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram