Belanjawan 2025: Peruntukan RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan buat 5.2 juta murid tak kira pendapatan ibu bapa


  • Primer
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa. — Gambar hiasan

KERAJAAN mengumumkan sebanyak 17 jenis bantuan pendidikan disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion pada 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 berkata, Bantuan Awal Persekolahan antara jenis bantuan yang disalurkan.

Anwar berkata, hampir RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) disediakan kepada semua 5.2 juta murid Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

BACA LAGI: Belanjawan 2025: KWSP kaji mekanisme pindah simpanan ke akaun ahli keluarga terdekat

BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM600 juta buat Nadma hadapi musibah banjir

2587972

Bantuan itu sekali gus dapat meringankan beban ibu bapa terutamanya golongan B40. — Gambar hiasan

Sebelum ini, bayaran BAP diberi sebanyak RM150 kepada setiap murid akan disalurkan sejak Januari 2024.

Bantuan secara sekali bayar atau one-off itu juga disalurkan melalui sekolah dan diagih kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Bukan itu sahaja, beliau juga memberitahu bahawa peruntukan bantuan makanan asrama sebanyak RM2 bilion dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) RM870 juta meningkat.

RMT bakal memanfaat lebih 860,000 murid dan peluang diberikan kepada pembekal sajian makanan oleh syarikat di daerah.

"Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta pada 2024.

"Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar daripada keluarga susah, kerajaan juga bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta 97 Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan," katanya pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram