Penyasaran subsidi RON95: Kerajaan pertimbang guna e-dompet, pangkalan data


  • Primer
  • Isnin, 21 Okt 2024

Isu ketirisan subsidi RON95 merupakan tumpuan utama kerajaan ketika ini.

KERAJAAN sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan satu pangkalan data yang akan dihubungkan dengan kad pengenalan, e-dompet dan kad debit sebagai sebahagian daripada mekanisme sistem penetapan harga dua peringkat bagi penyasaran subsidi RON95.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ia merupakan langkah penting bagi kerajaan untuk mewujudkan mekanisme untuk mengurangkan ketirisan subsidi.

"Kerajaan kekal komited dalam memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada subsidi ini. Perincian mekanisme itu masih diperhalusi dan perlu dimuktamadkan.

BACA LAGI: Penyasaran subsidi petrol RON95 bakal dilaksana pertengahan tahun depan

BACA LAGI: KPDN rangka gerakan awam perangi penyelewengan barang kawalan bersubsidi termasuk diesel, RON95

WhatsApp Image 2024-10-21 at 8.38.57 PM

Johan percaya mekanisme itu akan mengurangkan ketirisan subsidi.

"Malah, inilah alasannya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa pelaksanaan itu hanya pada pertengahan tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian di luar Debat Pasca Belanjawan 2025 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) di Kuala Lumpur pada Isnin yang turut dihadiri Presiden Persatuan Ekonomik Malaysia (MEA), Yeah Kim Leng.

Sesi dialog itu dikendalikan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Tan Sri Sulaiman Mahbob dan ahli panel termasuk Pengarah Institut Pembangunan dan Pengurusan Inklusif Malaysia, Tan Sri Noor Azlan Ghazali dan Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Ambank, Firdaos Rosli.

Tegasnya, manfaat utama daripada penyasaran subsidi diesel pada harga pasaran akan mengurangkan isu ketirisan subsidi.

"Kita mendapati wujud ketirisan (selepas pengenalan mekanisme subsidi), bukan setakat di seberang sempadan tetapi juga industri yang sepatutnya membeli pada harga komersial.

"Kekurangan 30 peratus diesel itu berlaku dari segi penjualan di stesen-stesen minyak selain peningkatan jualan perniagaan komersial yang menunjukkan kedua-dua aspek itu sedang ditangani," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram