Lima peserta Regata Sarawak dikhuatiri lemas, bot karam ketika latihan di Kuching


  • 112
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Seramai lima peserta berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak. — JBPM

SESI latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di Kuching, Sarawak pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada pukul 4.20 petang.

Susulan itu, sepasukan anggota bomba digegaskan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat wanita 'saka' mengamuk serang guna buluh di Saujana Utama

BACA LAGI: Usul subsidi khas untuk pesara polis mulakan bisnes antara harapan Belanjawan 2025

“Insiden ini membabitkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

“Operasi SAR membabitkan pihak bomba, Pasukan Polis Marin serta Sarawak Coast Guard. Pihak bomba menggunakan kaedah pencarian di permukaan air,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama’ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram