'Doktor pokok' watak penting selamatkan tanaman, alam sekitar


  • Massa
  • Isnin, 28 Okt 2024

Puteri Noorlela (kiri) menjalankan penilaian risiko pokok bersama arkitek landskap Fariza Firdaus (kanan) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan persekitaran semula jadi. — Puteri Noorlela

POKOK memainkan peranan penting dalam ekosistem kita sebagai pembekal oksigen utama melalui proses fotosintesis, menyerap karbon dioksida serta membantu mengekalkan kualiti udara bersih.

Selain berfungsi sebagai habitat untuk pelbagai spesies haiwan, serangga, dan mikroorganisma, tanaman itu turut berperanan dalam mengawal suhu, mencegah hakisan tanah, mengekalkan kelembapan dan keseimbangan air dalam tanah.

Kesuburan pokok juga menunjukkan tanda bahawa keadaan tanah dan ekologi yang matang serta dijaga dengan baik.

BACA LAGI: [VIDEO] Dakwa 3 bulan tak rasa untung, peniaga dedah bekas staf pengaruh pekerja curi duit setiap hari

BACA LAGI: Ibarat hotel mewah, penghuni rumah orang tua kongsi sebab, duduk asing dengan anak lebih mudah dan tenang

(pls use this with photo 2932565.jpg below, the one with the same caption)This nesting lineated-barbet, spotted in TTDI Park, which nests in holes bored out by other species on mature trees, is a perfect example of how tree biodiversity can support wildlife in urban environments given enough time and connectivity. — ADAM KAMAL

Kemunculan haiwan menjadi contoh bagaimana biodiversiti pokok menyokong kehidupan liar di persekitaran bandar sihat. — Adam Kamal

Rentetan itu, penjagaan pokok tidak boleh diabaikan malah perlu ditambah baik terutamanya di kawasan bandar.

Sama seperti matlamat Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang menyasarkan penanaman sebanyak 100 juta pokok di seluruh negara menjelang 2025 dengan sejuta diutamakan untuk Wilayah Persekutuan sahaja.

Meskipun ia mampu dilaksanakan, penjagaan jangka panjang pokok juga amat penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kawasan bandar.

Justeru, doktor pokok atau arborist pakar dalam bidang perhutanan dan pemuliharaan menjadi pelindung biodiversiti demi mewujudkan pertumbuhan bandar yang mampan.

Persoalannya sekarang, bagaimana caranya untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia bersama-sama melakukan peranan penting itu.

Ia dengan memaparkan kisah-kisah positif dan kejayaan pihak berkenaan dalam menyelamatkan alam sekitar agar dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat lain.

Berkongsi semangat yang sama, ahli arborist dan biologi bertauliah dari International Society of Arboriculture (ISA) dan Ketua Raintree Arborist, Puteri Noorlela Bahrun berkata, ia merupakan kerjaya impian apabila boleh berkata 'tidak' kepada aktiviti penebangan pokok.

Kecintaan Puteri Noorlela terhadap pokok bermula sejak sebelum dia mengetahui tentang arborikultur.

(pls use) Puteri Noorlela at Selangor Maritime Gateway's mangroves, determining the bakau tree that will be removed to make way for a boardwalk. They will also identify the 'mother tree' to make sure it is protected.

Puteri Noorlela (kiri) di kawasan pokok kayu bakau di Gerbang Maritim Selangor untuk mengenal pasti 'pokok ibu' untuk memastikan ia dilindungi.

Arborikultur adalah sains khusus dalam merawat flora yang telah ditanam di pusat bandar, khususnya pokok.

Setiap daripadanya diuruskan secara individu untuk memastikan bahawa ia hidup selama bertahun-tahun dengan sihat.

Melihat keadaan hutan dan pokok-pokok ditebang secara berleluasa sekali gus mencetuskan keinginan dalam dirinya untuk melindungi mereka.

"Setiap hari kami pergi bekerja dengan penuh semangat. Kami menyayangi pokok dan alam sekitar dan sentiasa teruja mahu memeriksa kesihatan pokok sebelum pembangunan dilakukan.

"Walaupun dalam perjalanan menaiki kereta, kami tak pernah berhenti menambah pengetahuan dengan mengkaji karakter, menilai kekurangan dan menentukan kemungkinan kegagalan menjaga pokok.

"Semangat ini mendorong ramai arborists untuk terus berkhidmat, walaupun tuntutan fizikal dan pemahaman awam terhad tentang peranan mereka," katanya.

(pls use) Arborists conducting an advanced assessment to check the structural integrity of a tree at Taman Tugu, Kuala Lumpur. — Raintree Arborist

Arborists menjalankan penilaian lanjutan untuk memeriksa integriti struktur pokok di Taman Tugu, Kuala Lumpur. — Raintree Arborist

Puteri Noorlela pada masa sama percaya bahawa menjaga pokok bukan sekadar pekerjaan, malah ia adalah misi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan melindungi generasi akan datang.

Katanya, menanam atau memulihara pokok akan memberi impak positif kepada manusia.

Disebabkan itu, dia menyimpan impian untuk membantu menyelamatkan sebanyak mungkin pokok selama berkhidmat sebagai arborist.

Bagi yang masih belum mengetahui tentang kerjaya itu, arborist selalunya menguruskan penanaman pokok di beberapa tempat seperti hutan eko rimba, kampus universiti dan kawasan bandar dengan menggunakan alat khusus seperti resistograph.

Resistograph merupakan alat elektronik digunakan oleh kebanyakan penyelidik untuk mengukur, menilai kepadatan kayu dan mengesan pereputan dalam pokok dari jarak jauh.

Alat itu juga dilengkapi dengan pencetak termal (haba) tanpa wayar yang menggunakan aplikasi Bluetooth di telefon pintar Android bertujuan merekod dan menjana data daripada operasi penggerudian.

(pls use) Puteri Noorlela and her team using a resistograph at UUM Sintok in Kedah to assess the structural stability of two mature trees near the clubhouse.

Arborist menggunakan alat resistograph untuk mengesan kerosakan pada pokok.

Arborist juga sebenarnya bertanggungjawab merancang strategi pemeliharaan pokok di dalam pelan perancangan bandar dengan kerjasama bersama pemaju serta arkitek landskap.

"Sejak 12 tahun lalu, apabila kami berkata kami arborists, orang bertanya, 'Arbor-apa?' Hari ini, lebih ramai orang menyedari ia adalah tentang memelihara pokok, bukan hanya menebangnya," jelasnya.

Dengan hanya sekitar 150 arborist bertauliah di Malaysia berbanding 600 di Singapura pada 2024, profesion itu masih agak baharu namun semakin mendapat perhatian terutamanya di institusi pendidikan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Arborists Malaysia, Mohd Zailani Jamil menegaskan bahawa pokok sering menjadi pertimbangan dalam pembangunan.

Malangnya, arborikultur dilihat sebagai kurang berprestij berbanding kerjaya lain dan menyumbang kepada bilangan pakar bertauliah yang rendah.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi arborist, laluannya agak tidak konvensional.

Katanya, buat masa ini, belum banyak kursus arborikultur ditawarkan di Malaysia selain Universiti Putra Malaysia (UPM).

Adam (left) and his colleague at their tree nursery, moving some trees to be planted at a private restoration site in Selangor. — ADAM KAMAL

Adam (kiri) dan rakan sekerjanya di tapak semaian untuk proses pemindahan pokok di tapak pemulihan swasta di Selangor. — Adam Kamal

Selepas mendapat pengalaman yang relevan, mereka boleh menduduki peperiksaan pensijilan ISA yang diiktiraf di peringkat global.

Pensijilan ISA adalah tiket meluaskan dan meningkatkan kredibiliti dalam bidang tersebut.

Bagi Ahli Biologi Pemuliharaan, Adam Kamal, mencintai atau menghargai pokok memerlukan pemahaman terperinci.

"Kami memerlukan seseorang yang bukan sahaja ghairah tentang pokok tetapi tentang ekosistemnya.

"Penanaman pokok secara amnya tanpa sebarang ilmu boleh memudaratkan dan akhirnya mengeluarkan lebih banyak karbon daripada menyimpannya," katanya.

Mereka juga menekankan bahawa usaha kecil seperti menjaga kebersihan atau mengurangkan penebangan sudah cukup untuk menyelamatkan alam. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram